Ikuti Kami:

5 Siri Drama Korea Papar Percintaan Noona-Dongsaeng. Sweetnya!

5 Siri Drama Korea Papar Percintaan Noona-Dongsaeng. Sweetnya!

Dalam masyarakat kita, percintaan antara wanita berusia dan lelaki muda sering dianggap tabu. Tapi pada kami jika seseorang lelaki itu mampu memikul tanggungjawab, matang dan berkemampuan ia bukanlah menjadi satu kesalahan.

Berbeza bagi peminat drama Korea, perkara ini mungkin lebih mudah untuk diterima kerana drama daripada negara Kpop itu sering memaparkan kisah percintaan yang unik, plot yang menarik dan di luar kebiasaan jika hendak dibandingkan dengan drama tempatan.

Jadi kali ini, kami nak kongsikan 5 drama Korea yang memaparkan percintaan antara wanita berusia dengan lelaki muda (noona-dongsaeng) yang korang boleh layan.

1. Remember: War of The Son

Untuk sesiapa yang nak tengok cerita ni, sediakan tisu awal-awal sebab Yoo Seung-hoo ni kalau part menangis dia kita pun nak nangis sekali.

Cerita ni mengisahkan Seo Jin Woo (Yoo Seung-hoo) yang mempunyai Hyperthymesia, keadaan di mana dia mampu mengingat perkara dengan begitu teliti. Namun, sebaliknya buat ayah dia yang mempunyai Alzheimer.

Satu hari, malang untuk ayah dia apabila kena tuduh membunuh. Lebih menyakitkan hati pembunuh sebenar merupakan Nam Gyu Man (Namgung Min) seorang lelaki daripada keluarga berpengaruh.  Jin Woo kemudian jadi seorang peguam untuk membela ayah dia dan terpaksa berhadapan dengan korupsi teruk daripada polis, peguam dan juga hakim yang membela Gyu Man ni. 

Walaupun cerita ni happy ending, tapi Jin Woo dapat penyakit yang sama macam dia, sedihlah part bila dia tak ingat kekasih hati dia Lee Ah In (Park Min Young).

2. Witch’s Romance

Masa mula-mula tengok cerita ni terperanjat juga sebab tak sangka Park Seo Joon boleh bawa watak macam ni.

Drama ni mengisahkan dua watak utama yang masing-masing tersakiti dalam percintaan. Ban Ji Yeon (Uhm Jung Hwa), seorang wartawan penyiasatan yang berusia 39 tahun. Sebabkan dia ni gila kerja dan sebahagian besar waktu dia dekat pejabat, dia digelar ahli sihir. 

Semuanya terjadi apabila bakal suami dia menghilangkan diri semasa hari pernikahan dan dengan bekerja dia dapat melarikan diri daripada dunia realiti. Ji Yeon ni kemudian bertemu dengan Yoon Doha (Park Seo Joon), seorang lelaki berusia 25 tahun yang kehilangan kekasih kerana penyakit. 

Bersama mereka menyembuhkan luka masing-masing dan kembali mempercayakan cinta.

3. I Hear Your Voice

Drama supernatural romantik ini merupakan antara yang mengangkat nama Lee Jong Suk dalam kalangan peminat k-drama.

Dalam drama ni Park Soo Ha (Lee Jong Suk) memiliki kuasa luar biasa mampu membaca fikiran hanya dengan memandang mata mata seseorang. Dia mendapat kelebihan ini dalam satu tragedi kemalangan yang mengorbankan ayahnya.

Walaupun pada mulanya kemalangan ini dianggap kemalangan biasa, namun kehadiran saksi Jang Hye Sung (Lee Bo Young) ditempat kejadian berjaya membuktikan sebaliknya. 

Pelaku yang tak puas hati, bersumpah nak balas dendam apabila keluar penjara. Sebab terhutang budi Soo Ha yang telah dewasa mencari Hye Sung, kini seorang pendakwa raya untuk melindunginya.

Walaupun terdapat perbezaan umur antara kedua watak ni, tapi chemistry mereka memang epik!

4. When I Was The Most Beautiful

Drama ni bagi kami unik sikit kerana kisah percintaan yang berselirat membaitkan adik dan abang serta seorang wanita.

Oh Ye Ji (Im Soo Hyang) ni seorang pembuat seramik yang mendambakan kehidupan yang sederhana dan tenang. Namun dia tiba-tiba terjebak dengan cinta tiga segi diantara adik beradik Seo Hwan (Ji Soo) and Seo Jin (Ha Seok Jin).

Walaupun Seo Hwan jatuh cinta terlebih dahulu dengan Ye Ji namun disebabkan faktor usia dan kekangan lain, abangnya berjaya mengahwini Ye Ji. Tapi perkahwinan tu tak bahagia pun sebab abangnya hilang dan Seo Hwanlah yang menemani kehidupan perempuan ni.

Nak tau apa ending? Korang kena tengok sendiri okay. Tapi pada kami ending dia realistiklah. 

5. Now, We Are Breaking Up

Ini drama terbaru papar percintaan noona-dongsaeng. Dapat pula noona hot Song Hye Kyo, baru tengok episod awal hati kami pula yang berbunga.

Ha Young-eun (Song Hye-kyo), seorang ketua pasukan pereka fesyen di syarikat ‘The One’ yang berhati batu dan menutup hatinya untuk menikmati keindahan cinta kerana peristiwa 10 tahun lepas yang berbekas di jiwanya.

Satu hari dia berjumpa dengan seorang jurugambar freelancer Yoon Jae-kook (Jang Ki-yong) yang bukan je berbakat, siap ada pakej kacak pula tu. Lelaki ni pula tidak percayakan cinta, persoalannya dah jumpa perempuan cantik macam Young-eun, siapalah tak jatuh hati kan?

Bila dah selalu sangat jumpa, kerja dalam industri yang sama, mulalah ada bibit-bibit terjalin. Tapi muncul pula satu plot di mana bekas kekasih hati Young-eun ni sebenarnya abang kepada Jae-kook yang telah meninggal dunia.

Nikmati kisah percintaan luar biasa hanya di Viu

Kalau korang nak tengok semua cerita yang kami share ni, korang boleh tonton secara dalam talian di laman web atau aplikasi Viu.

Memandangkan Now, We Are Breaking Up merupakan siri Korea Viu Original yang masih ditayangkan di Korea Selatan, korang boleh catch up episod terbaru setiap hari Jumaat dan Sabtu jam 10.00 malam hanya di Viu, https://nowwearebreakingup.onelink.me/lk2d/e5f57dda.

 

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...