5 Pelakon Utama ‘Twenty Five, Twenty One’ Akan Nyanyi Bersama OST Berjudul ‘With’
- oleh Fareen
- 4 tahuns lalu
Lima pelakon utama drama “Twenty Five, Twenty One” akan menyanyi bersama OST buat drama tersebut!
Sedang menjadi bualan ramai kini, runut bunyi bahagian ke-7 “Twenty Five, Twenty One” akan dinyanyikan oleh barisan pelakon utama drama tersebut iaitu Kim Tae-ri, Nam Joo-hyuk, Bona WJSN, Choi Hyun-wook dan Lee Joo-myung. Lagu yang berjudul “With” itu akan mengandungi mesej penyembuhan kepada semua belia yang berjuang untuk memenuhi impian mereka, dengan meyakinkan mereka bahawa mereka tidak bersendirian.
Penonton akan dapat menonton drama ini sambil mendengarkan OST nyanyian mereka dengan keharmonian yang indah.

Nantikan “With” nyanyian 5 pelakon hebat ini, bakal dikeluarkan pada 13 Mac jam 5 petang!
Komen
PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.




