Ikuti Kami:

5 Ahli Keluar Agensi, Weki Meki Bubar Secara Rasmi

5 Ahli Keluar Agensi, Weki Meki Bubar Secara Rasmi

Setelah tujuh tahun bersama, Weki Meki secara rasmi telah dibubarkan.

Fantagio mengumumkan bahawa aktiviti Weki Meki sebagai sebuah kumpulan telah berakhir pada 8 Ogos lalu. Agensi tersebut pertama kali mendedahkan rancangan kumpulan itu untuk dibubarkan pada bulan Jun lalu.

Fantagio juga mengumumkan bahawa sementara Ji Su-yeon, Choi Yoo-jung, dan Kim Do-yeon masih dalam perbincangan untuk memperbaharui kontrak mereka, manakala lima ahli kumpulan yang lain—Elly, Sei, Lua, Rina, dan Lucy—akan meninggalkan agensi itu selepas tamat tempoh kontrak mereka.

weki meki

Selepas debut pada Ogos 2017, Weki Meki tak aktif selama beberapa tahun selepas kemunculan semula mereka pada November 2021. Pada bulan Jun yang lalu, kumpulan ini mengeluarkan single digital terakhir bersama sebelum pembubaran mereka.

Sayangnya..

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitterInstagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Sumber :   Celeb Media

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...