Ikuti Kami:

4 Tahun Menanti, Album Penuh Pertama ‘BLACKPINK THE ALBUM’ Bakal Temui Peminat 2 Oktober Nanti

4 Tahun Menanti, Album Penuh Pertama ‘BLACKPINK THE ALBUM’ Bakal Temui Peminat 2 Oktober Nanti

Akhirnya selepas 4 tahun menanti, BLACKPINK dikhabarkan bakal meriliskan album penuh pertama mereka tak lama lagi!

Menurut teaser yang dikeluarkan oleh YG Entertainment, album yang dinamakan “BLACKPINK THE ALBUM” disahkan bakal bertemu peminat pada 2 Oktober 2020 nanti.

Untuk 2020, BLACKPINK bakal memberi fokus kepada pasaran global dengan perancangan dan pelancaran yangs sistematik serta mendalam. Projek global yang dijalankan ini adalah hasil kerjasama dengan Universal Music supaya BLACKPINK dapat melonjak ke hadapan dengan lancarnya.

blackpink the album

Bagi yang tidak mengetahui, album penuh kumpulan yang dianggotai oleh Jennie, Ji-soo, Rosé dan Lisa ini adalah produk terakhir kepada 3 bahagian kemunculan, seperti yang telah diumumkan oleh YG Entertainmeny sebelum ini.

Selepas meriliskan “How You Like That” sebagai bahagian pertamanya, bahagia kedua kini bakal dikeluarkan tak lama lagi di mana khabarnya ia bakal menampilkan Selena Gomez sebagai artis kolaborasi. Apa pun nantikan sahaja pengumuman rasmi nanti.

BLINKs mesti anda semua dah tak sabar nak miliki album penuh BLACKPINK ini kan!

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitter dan Instagram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...