Utama Gossip “4 Tahun Kami Tahan” – Jiran Mengadu Seo Yeji Suka Parking Sembarangan

“4 Tahun Kami Tahan” – Jiran Mengadu Seo Yeji Suka Parking Sembarangan

seo yeji kontroversi

Sedang Seo Ye-ji sibuk ingin membuat kemunculan semula dalam dunia drama, namanya tiba-tiba disebut dalam sebuah pendedahan yang melibatkan ibu bapa dan jiran tertangga mereka.

Menurut laporan media, ‘A’ menyatakan pada Mei 2021 bahawa dia dan keluarga Seo Ye-ji mempunyai perselisihan faham menengai isu parkir kereta,

Ibu bapa Seo Ye-ji secara sendiri memasang pagar haiwan di luar tangga lantas memberikan kesan kepada jiran lain. Semasa kontroversi itu, ayahnya sampaikan pernah menolak saya. Seo Ye-ji juga ada datang ke rumah ibu bapanya sebanyak 3 kali seminggu dan meletakkan kereta hingga menghalang kereta lain, jadi mereka tidak boleh keluar. Kami terpaksa menahan perangai mereka selama 4 tahun.

seo yeji kontroversi

Kata ‘A’,

Pada awalnya apabila saya bertanya ‘Adakah awak Seo Ye-ji?’, dia menafikannya tapi tak lama kemudian, dia membawa peguam. Saya bercakap mengenai semua yang berlaku selama 4 tahun ini dan akhirnya menerima permohonan maaf.

seo yeji kontroversi

Pun begitu, ‘A’ meragui permohonan maaf itu kerana Seo Ye-ji berkata,

Awak tak akan muat naik mengenai hal ini di internet kan?

Respon agensi Seo Ye-ji kepada media,

Kami merasakan ada salah faham di sini. Selepas menerima bantahan daripada jiran-jiran, keluarga Seo Ye-ji memohon maaf secara ikhlas. Kami tak tahu bagaimana mahu mengatakannya kerana kejujuran adalah sesuatu yang dirasai. Kemudian, keluarganya berpindah. Isu itu telah selesai secara baik.

seo yeji kontroversi

Terdahulu, Seo Ye-ji terpalit kontroversi mengawal Kim Jung-hyun semasa mereka sedang bercinta hingga menimbulkan kesusahan buat staf dan pelakon “Time” yang diterajui lelaki itu pada 2018.

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitterInstagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

SUMBERSBS Entertainment News

Leave a Reply