Ikuti Kami:

4 Tahun Bercinta Secara Rahsia, Thunder MBLAQ & Mimi GUGUDAN Bakal Berkahwin?

4 Tahun Bercinta Secara Rahsia, Thunder MBLAQ & Mimi GUGUDAN Bakal Berkahwin?

Sudah lama tidak mendengar perkhabaran mengenai dua bekas idola iaitu Thunder (MBLAQ) dan Mimi (GUGUDAN), secara tiba-tiba mereka mengumumkan berita yang mengejutkan semua.

Kelmarin, program “The Second House 2” telah mendedahkan klip episod akan datang di mana kedua mereka menyapa hos Choi Soo-jung dan Ha Hee-ra serta meminta nasihat cinta.

Selepas siaran itu, Thunder dan Mimi memuat naik entri berasingan di Instagram masing-masing bagi mengumumkan kepada peminat mengenai hubungan mereka yang sudah berputik sejak 4 tahun lalu.

Tulis Thunder,

Hello semua, ini Thunder.

Saya mendedahkan hubungan bersama Mimi menerusi “The Second House”.

Awalnya, saya mempunyai banyak kerisauan dan tak berani namun saya menguatkan hati buat seorang yang saya mahu habiskan masa bersama seumur hidup.

Buat Mimi, yang sering meyakinkan saya, menyambut saya dan melindungi saya meskipun banyak kekurangan dan gementar.

thunder mimi

Mimi pula berkata,

Saya menjumpai seseorang yang saya mahu menghabiskan masa bersama. Sepanjang kami bersama, dia seorang yang sentiasa bersama dengan saya dan melindungi saya dan memberikan semangat semasa sedang dalam kesusahan. Kerana dia, saya mampu untuk membesar.

Dalam pada itu, media melaporkan bahawa Mimi dan Thunder sedang dalam persiapan untuk mengikat janji selamanya dan katanya perkahwinan mereka akan berlangsung pada separuh kedua tahun lepas.

Tahniah!

Korang banyak topik ‘hot’ lain tentang dunia hiburan Korea yang nak dibincangkan? Kongsi lah ‘teh’ dengan kami di forum KimchiDaily 😉

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...