Ikuti Kami:

4 Tahun Bercinta, Lee Sieon & Seo Jiseung Umum Bakal Berkahwin Disember Ini

4 Tahun Bercinta, Lee Sieon & Seo Jiseung Umum Bakal Berkahwin Disember Ini

Nampaknya industri hiburan Korea dipenuhi bunga-bunga hari ini. Selepas Honey Lee disahkan sedang bercinta, terdapat pasangan selebriti lain yang akan berkahwin tak lama lagi.

Pada pagi ini, tersebar berita mengatakan bahawa Lee Si-eon dan Seo Ji-seung akan berkahwin pada 25 Disember nanti di kepulauan Jeju, Majlis itu dikatakan akan berlangsung secara kecil-kecilan diiringi keluarga sahaja.

lee sieon seo jiseung

Respon agensi Lee Si-eon,

Lee Si-eon dan Seo Ji-seung akan berkahwin pada Krismas nanti. Disebabkan oleh COVID-19 dan melindungi privasi pelakon itu, kami meminta anda memahami mengapa kami tidak mendedahkan lokasi dan waktu majlis itu.

Untuk pengetahuan, pasangan ini mengumumkan percintaan mereka pada 2018 selepas setahun bercinta.

Tahniah!

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitterInstagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...