Ikuti Kami:

4 Seleksi K-Drama Lama Popular Di Netflix Malaysia Kini

4 Seleksi K-Drama Lama Popular Di Netflix Malaysia Kini

Tak sangka apabila drama lama dimasukkan ke Netflix, ada antaranya yang menduduki tangga teratas. Maknanya ramai yang dah rindu drama berkenaan kan?

Sama juga dengan ranking program TV di Netflix Malaysia apabila terdapat beberapa drama lama yang tersenarai kini.k-drama netflix

2. Lawless Lawyer

netflix lawless lawyerDrama thriller jenayah ini mengisahkan Sang-pil (Lee Jun-ki) yang menyaksikan pembunuhan ibunya yang merupakan seorang peguam hak awam. Berbekalkan bantuan pak ciknya, seorang gangster, lelaki ini memulakan misi balas dendam.

7. The Crowned Clown

netflix the crowned clown

Si raja, seorang yang bukan waris selayaknya, mengalami insomnia dan ketakutan apabila dia teringatkan segala tindakannya. Dia kemudiannya merencana untuk menggantikan dirinya dengan seseorang wajah seiras bagi mengelak daripada kemungkinan dibunuh.

8. Zombie Detective

netflix zombie detective“Zombie Detective” ialah sebuah ‘komedi kemanusiaan’ tentang seorang zombi yang berada pada tahun kedua selepas bangkit semula dan menjadi detektif untuk membongkar kisah silamnya. Dalam masa yang sama, dia cuba untuk hidup bersama dengan umat manusia.

10. Vincenzo

netflix vincenzoIa membawa kisah seorang peguam Itali bernama Vincenzo Cassano (Song Joong-ki) yang juga merupakan penasihat kepada sebuah keluarga mafia. Dek konflik yang tercetus dalam organisasinya, dia kembali ke Korea dan berlaga pula dengan seorang peguam tegas iaitu Hong Cha-young (Jeon Yeo-bin). Bersama-sama, mereka mencapai keadilan dengan mengaplikasikan cara yang digunapakai penjahat.

Selain daripada itu, “Nevertheless” dan “Hospital Playlist 2” yang sedang ditayangkan kini turut berada dalam ranking itu.

Boleh marathon korang drama ini semua!

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitter, Instagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...