Ikuti Kami:

4 Seleksi K-Drama Baru & Lama Bakal Tayang Di Netflix Nanti

4 Seleksi K-Drama Baru & Lama Bakal Tayang Di Netflix Nanti

Makin banyak drama Korea lama dan baru yang bakal ditayangkan di Netflix tak lama lagi! Antaranya ialah:

Weighlifting Fairy Kim Bok-joo

weighlifting fairy kim bokjoo

Drama ini membawa penonton menelusuri kehidupan para pelajar daripada pelbagai latar belakang di kolej sukan. Kisah romantik di antara pelajar kolej iaitu Bok-joo (Lee Sung-kyung) seorang ahli angkat berat dan perenang Jung jun-hyung (Nam Joo-hyuk) nyata membuatkan orang ramai mengenang kembali cinta pertama mereka.

W

w

Kisah romantik di antara Kang Chul (Lee Jong-suk) yang merupakan seorang yang kaya dan hidup dalam webtoon dengan seorang doktor bedah dalam dunia nyata bernama Oh Yeon-joo (Han Hyo-joo).

Run On (16 Disember)

jtbc run on

Ki Sun-gyeom (Im Si-wan) yang merupakan pelari pecut pasukan kebangsaan yang hebat suatu ketika dahulu kini hanya menjadi ejen sukan selepas satu insiden yang menyebabkan dia melepaskan cita-cita itu. Manakala, Oh Mi-joo pula ialah seorang penulis sari kata untuk filem yang hebat dalam bahasa Perancis. Tanpa sengaja kedua mereka bertemu dan mula merasakan bahawa keduanya ditakdirkan untuk bersama.

Sweet Home (18 Disember)

netflix sweet home

Drama yang diadaptasi daripada webtoon dengan nama yang sama ini menceritakan kisah seram dilalui oleh seorang pelajar sekoleh menengah yang baru sahaja berpindah ke sebuah flat baru dan diugut oleh raksasa yang cuba untuk melenyapkan seluruh umat manusia daripada muka bumi ini.

Banyak kan drama menarik yang bakal ditayangkan di Netflix nanti? Jadi jangan lupa langgan sekarang untuk pelbagai kandungan Korea yang hebat!

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitter dan Instagram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...