4 Seleksi Drama Serta Gandingan Romantis Seo In Guk & Park Bo Young Dalam Doom At Your Service Bakal Menemui Anda Secara Eksklusif Di Viu

Cuti raya di masih tak tau nak buat apa? Nak keluar pula beraya pula kes tengah naik. Haa.. Apa kata korang duduk je dekat rumah dan layan Viu.

Ni kami nak bagitau korang yang Viu secara eksklusif akan membawakan 4 seleksi drama terbaru dari Korea Selatan untuk menemani korang sepanjang Syawal ini.

Bukan itu saja, korang juga boleh mengikuti siri original kedua Viu, Doom At Your Service bermula 10 Mei. Tak sabarnya nak tengok!

Drama romantik fantasi ini menggandingkan Seo In Guk dan Park Bo Young dalam pertemuan takdir yang tidak disangka.

Ia mengisahkan seorang wanita bernama Dong Kyung (Park Bo Young) yang disahkan menghidap kanser otak.

Tidak dapat menerima dugaan dan menyalahkan nasib malang hidupnya, Dong Kyung telah membuat permintaan agar dunia ini berakhir. Namun apa yang tidak disangka Myul Mang (Seo In Guk) yang mendakwa dirinya pengantara antara manusia dan Tuhan menawarkan untuk memenuhi permintaannya Dong Kyung.

Apakah yang akan jadi seterusnya? Bagaimana cinta berputik diantara mereka dan adakah Dong Kyung akan benar-benar menemui ajalnya? Korang kenalah saksikan sendiri Doom At Your Service ni.

Selain Park Bo Young dan Seo In Guk, drama ini turut menampilkan Lee Soo Hyun, Kang Tae-Oh dan Shin Do Hyun.

Korang boleh saksinya setiap hari Isnin dan Selasa jam 9.30 malam di Viu.

Lebih Hiburan & Drama Hanya di Viu

Bukan itu saja menanti korang, istimewa untuk Viu-ers, first-on-Viu membawakan drama supernatural Sell Your Haunted House yang mengisahkan Hong Ji Ah, seorang pemilik agensi hartanah yang cantik dan mempunyai kelebihan melihat serta mengusir roh.

Dia kemudian bertemu Oh In Bum, seorang penipu yang tidak mempercayai kewujudan hantu tapi menggunakannya untuk menipu orang kaya. 

Gandingan pelakon veteran Jang Na Ra dan Jung Yong Hwa ni mendapat pujian kerana keserasian yang ditonjolkan. Korang jangan miss tau!

Kembali untuk musim terbaru, Voice 4 kali ini menampilkan aktor kacak Song Seung Heon sebagai teraju utama yang memegang watak ketua unit LAPD, berpangkalan di pulau pelancongan terkenal, Pulau Jeju.

Dia dibantu Lee Ha Na pengarah Pusat Laporan Jenayah yang menderita PTSD sejak kehilangan dua rakannya dalam misi sebelum sebelum ini. Bersama mereka menyelesaikan insiden melalui talian kecemasan.

Bagi yang merindui Ji Sung, di mana kali terakhir muncul sebagai Dr John. Kini dia kembali sebagai ketua hakim dalam The Devil Judge, yang tidak mempercayai sistem kehakiman dan membuat keputusan untuk untuk memuaskan orang ramai. Sehingga seorang penolong hakim mula mempersoalkan motif dan langkahnya untuk mencari kebenaran. 

Drama ini turut menampilkan Kim Min Jung, Park Gyu Young, dan Jin Young dari GOT7.

Selain drama bersiri Korea korang juga boleh menyaksikan drama daripada negara China dan animasi Jepun terbaru yang dibawakan secara eksklusif hanya di Viu.

Jadi tunggu apa lagi? Dapatkan hiburan Korea tanpa had dan banyak lagi hanya di www.viu.com atau nak lebih mudah muat turun secara percuma dari App Store, Google Play danTV pintar terpilih.

Leave a Reply