Ikuti Kami:

4 Pelakon Lelaki K-Drama Ini Dijangka Bakal Terus Bersinar Untuk Tahun 2021

4 Pelakon Lelaki K-Drama Ini Dijangka Bakal Terus Bersinar Untuk Tahun 2021

Masuk 2021 ini, sudah pasti semakin ramai yang dah tak sabar nantikan apakah yang bakal terjadi dalam dunia K-Drama.

Sama juga dengan YTN yang menjangkakan 4 pelakon lelaki ini bakal memberikan impak yang besar dalam tahun ini nanti.

Kim Seon-ho

kim seonho

Mula dikenali ramai selepas muncul dalam “2 Days 1 Night”, pelakon ini langsung tak kisahkan mengenai imejnya dalam rancangan hiburan tersebut. Walaupun pernah menjadi hero dalam beberapa drama seperti “Catch The Ghost” dan ” Welcome To Waikiki 2″ namun namanya trending dan mula menjadi kegilaan gadis di luar sana dek watak hero kedua Han Ji-pyung dalam “Start-Up”. Sampaikan tenggelam watak utama yang lain!

Song Kang

song kang

Diagah sebagai ‘anak kesayangan Netflix’, Song Kang mula menjadi sebutan ramai apabila membintangi siri asal “Love Alarm”. Lelaki itu kemudiannya membuktikan versatiliti sebagai pelakon apabila membawa watak remaja sedih dalam “Sweet Home” di mana drama fantasi thriller itu telah menggegarkan dunia K-Drama pada penghujung tahun 2020.

Kim Dong-hee

kim donghee

Lelaki ini mendapat perhatian ramai apabila membintangi drama “SKY Castle” sebagai salah seorang pelajar sekolah yang mengalami masalah bersama ibu bapanya. Dia kemudiannya terus menguatkan tapaknya sebagai pelakon apabila menunjukkan persembahan yang hebat sebagai pelajar sekolah menengah bermasalah dalam siri asal Netflix “Extracurricular”.

Lee Do-hyun

lee dohyun

Sudah pun membintangi pelbagai drama namun sebagai watak sampingan, siapa sangka tuah lelaki ini rupanya ada dalam drama “18 Again” di mana dia membawa watak Hong Dae-young, seorang lelaki yang kembali ke zaman remajanya selepas diceraikan isteri. Tak cukup dengan itu, Lee Do-hyun nyata terus bersinar apabila membawa watak Lee Eun-hyuk, seorang lelaki logikal dan berhati kering dalam “Sweet Home” baru-baru ini.

Semuanya pelakon berbakat kan? Tak sabar nak tengok karier lakonan mereka terus berkembang lagi untuk tahun ini. Fighting!

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitter dan Instagram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest.

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...