Ikuti Kami:

4 K-Drama Duduki Ranking Program TV Popular Di Netflix Malaysia Kini

4 K-Drama Duduki Ranking Program TV Popular Di Netflix Malaysia Kini

Netflix memang merupakan antara laman penstriman yang terbaik untuk mendapatkan pelbagai kandungan Korea yang paling latest.

Sebab itulah tak pelik kenapa banyak K-Drama yang tersenarai dalam rancangan TV teratas hampir saban hari.

Berdasarkan data 17 Disember 2020, ini adalah beberapa drama Korea yang duduk selesa di tangga teratas rancangan TV popular di Malaysia kini.

ranking popular netflix malaysia

1. Start-Up

nam joohyuk start-up

“Start-Up” berlatarbelakangkan ‘Silicon Valley’ fiksyen Korea yang diberi nama ‘Sandbox’ dan ia membawa kisah mengenai individu yang terlibat dalam dunia syarikat ‘start up’. Malah ia diterajui oleh pelakon hebat seperti Kim Seon-ho, Kang Han-na, Nam Joo-hyuk dan Bae Suzy.

2. The Uncanny Counter

the uncanny counter

Kisah sekumpulan individu yang menggelarkan diri mereka sebagai “Counter” dan bertugas memburu roh jahat. Setiap daripada mereka mempunyai kelebihan tersendiri dan menyembunyikan identiti sebenar dengan menyamar sebagai pekerja di sebuah restoran mi.

5. The Guest

the guest

Seorang psikik yang lahir dalam keluarga bomoh telah bergabung dengan paderi Katolik suci dan detektif skeptikal untuk menjatuhkan satu syaitan jahat bernama ‘Son’. Dalam pada menjejaki makhluk binasa tersebut, mereka bertiga turut menyelesaikan jenayah alam ghaib yang dilakukan oleh makhluk bukan manusia.

8. 100 Days My Prince

netflix 100 days my prince

Drama ini mengisahkan tentang Lee Yul, lakonan Do Kyungsoo (D.O EXO) iaitu seorang Putera Raja Joseon yang sangat dingin dan kuat mengarah walhal sebenarnya dia seorang yang sangat sunyi. Pada suatu hari, dia telah memaktubkan undang-undang di mana semua rakyat Korea perlu berkahwin sebelum mencecah usia 28 tahun.

Hongshim (lakonan Nam Jihyun) merupakan seorang wanita yang bijak dan bekerja keras untuk menampung ayahnya. Dia juga merupakan anak dara yang paling tua di dalam kampung yang didudukinya dan dia perlu mencari seorang suami bagi mengelakkan hukuman daripada pihak atasan.

Bukan sahaja drama baru, malah drama lama pun turut kukuh dalam ranking teratas ini. Korang dah tonton ke semua drama ini di Netflix?

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitter dan Instagram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...