Ikuti Kami:

4 Drama Baru Yang Korang Wajib Layan Di Viu. No.4 Paling Ditunggu Tahun Ni!

4 Drama Baru Yang Korang Wajib Layan Di Viu. No.4 Paling Ditunggu Tahun Ni!

Ada yang dah blank dan buntu nak layan drama baru apa? Yela mesti list drama korang dah banyak habis kan, tinggal nak add on baru je. 

Jangan risau, kami boleh bantu korang add on drama baru yang best untuk bulan ni! 

Untuk kalini, kami ada 4 drama baru yang korang confirm suka sebab genre yang berbeza. Barulah banyak choice untuk ditonton kan. 

Nak tahu drama apa? Let’s go~

Duda & Janda Bergabung Dalam The Matchmaker

Viu, Kdrama, The Matchmaker

Siapa dekat sini sukakan drama berlatar belakangkan zaman Joseon? 

Korang kena tonton K-Drama The Matchmakers yang menceritakan tentang bagaimana kesungguhan percintaan antara orang politik dengan kerabat diraja. 

Drama 16 episod ini mengisahkan tentang Jeong Woo (Rowoon) merupakan seorang ahli politik yang telah diberhentikan selepas berkahwin untuk menjadi putera raja dan akhirnya menjadi duda muda. 

Manakala, Yeo Ju Daek (Jo Yi Hyun) pula seorang janda muda yang menjalani kehidupan sebagai pencari jodoh dan juga saudagar terkemuka pada siang hari dan pada waktu menjadi menantu kepada seorang menteri berpangkat tinggi.

Disebabkan tekanan yang diberi oleh keluarga diraja, membuatkan mereka perlu bekerjasama untuk mengahwinkan empat orang dayang tua. Dapatkan mereka menyelesaikan tugas dengan berjaya atau tidak? 

Kalau nak tahu? Korang boleh mula streaming drama on going ni di Viu. 

Penantian 1,500 Tahun, Dalam Moon In The Day

Viu, Kdrama, Moon in the day

Ada yang suka baca webtoon? Kalau korang suka baca webtoon, confirm korang kenal Kdrama Moon In The Day.

K-Drama yang diadaptasi dari karya webtoon terkenal “Naje Ddeuneun Dal” ini membariskan pelakon meningkat naik iaitu Kim Young Dae, Pyo Ye Jin dan Ohn Joo Wan. 

Moon in the Day mengisahkan tentang Han Joo O (Kim Young Dae), seorang bintang top dengan penampilan tampan. Manakala, Kang Young Hwa (Pyo Ye Jin), seorang bomba yang tampil kuat dan gagah. 

Kisah berubah selepas Han Joo O, dirasuki oleh roh dendam bernama Do Ha yang dibunuh oleh isterinya sendiri. Hubungan antara Han Joon O dan Kang Young Hwa menjadi semakin rumit. Apakah kaitan mereka dengan kisah cinta lalu? Dapatkah mereka menyelesaikan tanpa ada pembunuhan berlaku? 

Moon In The Day menghadirkan kisah cinta yang berbahaya, tetapi penuh kasih sayang. Korang boleh tonton drama 14 episod ini di aplikasi Viu

Datang Ke Masa Depan & Berkahwin Dengan Bekas Suami?! 

Viu, Kdrama, The story of Park Marriage Contract

Drama time travel kini kembali! 

The Story’s of Park Marriage Contract diadaptasi daripada komik web popular dengan nama yang sama.  

Siri fantasi percintaan ini mengisahkan tentang seorang gadis dari zaman Joseon yang mengembara masa ke zaman moden. Park Yeon Yoo, seorang wanita daripada keluarga berpengaruh pada abad ke-19 mengalami nasib yang menyedihkan, terhumban ke dalam perigi. 

Bagaimanapun, dia bangun pada tahun semasa 2023 dan berakhir dengan perkahwinan palsu dengan seorang lelaki yang kelihatan seperti bekas suaminya. Dapatkah dia berjaya pulang semula atau dia jatuh hati pada suami kontrak barunya? 

Korang boleh streaming drama lakonan Lee Se Young dan Bae In Hyuk bermula  pada 24 November ini hanya di Viu. 

Dari Korea Ke Malaysia, Drama Paling Dinantikan Untuk Tahun 2023!

Viu, Kdrama, W: Two Worlds

Drama paling dinantikan tahun ini telah tiba. Kalau dilihat di sosial media, ramai yang dah tak sabar untuk menonton drama yang diadaptasi dari K-drama popular iaitu W: Two Worlds. 

Drama ini membariskan pelakon meningkat naik dan berpengalaman seperti Hun Haqeem, Daiyan Trisha, Mierul Aiman, Elizabeth Tan, Faizal Hussein,Tony Eusoff dan Shahkimin.

W:Two Worlds mengisahkan tentang Izara (Daiyan Trisha) yang secara tidak sengaja termasuk ke dunia komik semasa mencari ayahnya iaitu pencipta komik W yang hilang. Di dalam dunia komik, Izara telah menyelamatkan nyawa watak utama iaitu Aliff (Hun Haqeem). 

Namun, perbuatannya itu dicatat dalam komik W yang mengubah segala perjalanan cerita komik tersebut. Pelbagai perkara berlaku sepanjang perjalanan mereka mencari jawapan yang terjadi antara dua dunia yang berbeza.

Diarahkan oleh pengarah drama Nenek Bongkok Tiga, Yusry Abdul Halim bersama penerbit Zurina Ramli. Drama bergenre fantasi, romantik dan thriller ini akan mula bersiaran pada 30 November 2023, hanya di aplikasi Viu. 

Binge-Watch Pelbagai Rancangan Menarik Hanya Di Viu

Buat apa susah-susah fikir nak layan drama baru dan trending dekat mana? Semuanya ada di Viu. Filem, drama, rancangan hiburan dalam dan luar negara semuanya ada di aplikasi Viu

Korang belum ada aplikasi Viu? Alahai~ 

Dapatkan sekarang aplikasi Viu di Play Store dan Apple Store secara PERCUMA. Tunggu apa lagi, muat turun dan binge watch kesemua rancangan menarik di Viu.

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...