Ikuti Kami:

4 Doktor Kongsi Satu Badan, Drama Fantasi ‘Ghost Doctor’ Sah Diterajui Rain, Kim Bum, UEE & Son Naeun

4 Doktor Kongsi Satu Badan, Drama Fantasi ‘Ghost Doctor’ Sah Diterajui Rain, Kim Bum, UEE & Son Naeun

Akhirnya, barisan utama “Ghost Doctor” sudah pun disahkan kini!

Bakal ditayangkan di tvN, drama perubatan fantasi ini membawa kisah apabila seorang doktor pandai yang berlagak, seorang doktor residen kaya yang tidak menyedari tanggungjawabnya serta dua doktor lain dengan latarbelakang dan kemahiran yang ekstrem berkongsi satu badan yang sama.

Jung Ji-hoon akan melakonkan watak Cha Young-min, pakar bedah toraks yang mempunyai ‘tangan emas’ dan mampu menyelamatkan pesakit dengan satu sentuhan dek kemahiran perubataannya yang genius. Dia merupakan ‘hantu koma’ yang terlibat dengan satu insiden dan dirasuk selepas satu kemalangan kereta.

tvn doctor ghostKim Bum, akan membawa watak Go Seung-tak, doktor residen yang ‘tangan buruk’ kerana tiada tuah, adab dan naluri. Hidupnya kemudian berubah selepas mengenali Cha Young-min.

UEE pula akan melakonkan watak Jang Se-jin iaitu merupakan bekas kekasih Cha Young-min dan seorang pakar bedah otak dari luar negara. Watak Oh Soo-jung akan dihidupkan oleh Seon Na-eun di mama dia merupakan doktor pelatih bersemangat tinggi namun mempercayai kejadian mistik, keajaiban dan fantasi yang bertentangan dengan hukum perubatan.

tvn doctor ghost

Khabarnya, “Ghost Doctor” akan menemui penonton pada awal 2022 nanti.

Plot mantap sangat kan?

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitterInstagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...