Ikuti Kami:

4 Ahli Keluar Dari Agensi IST Entertainment, Apakah Nasib APINK Pada Masa Hadapan?

4 Ahli Keluar Dari Agensi IST Entertainment, Apakah Nasib APINK Pada Masa Hadapan?

Setelah 12 tahun bersama, ahli APINK nampaknya telah memutuskan untuk keluar dari agensi IST Entertainment..

Terbaru pada 28 April, IST Entertainment secara rasmi mengumumkan bahawa ahli Park Cho-rong, Yoon Bo-mi, Kim Nam-joo dan Oh Ha-young telah memutuskan untuk tidak memperbaharui kontrak mereka bersama agensi tersebut, selepas melakukan pertimbangan yang teliti.

Bagaimanapun, Jung Eun-ji adalah satu-satunya ahli yang telah memperbaharui kontraknya bersama agensi itu dan akan terus bekerjasama untuk pelbagai projek.

Selepas pengumuman itu dikeluarkan, peminat rata-rata risau dengan status dan aktiviti APINK sebagai satu kumpulan pada masa hadapan. Sebagai tindak balas, Jung Eun-ji telah meyakinkan peminat dengan menulis di laman Weverse,

Tiada apa-apa yang akan berubah. Jangan risau walaupun ia tidak menjadis serius. APINK akan masih diteruskan pada masa hadapan.

apink ist entertainment

Selain itu, agensi juga turut menyatakan dalam satu kenyataan rasmi,

Semua ahli mempunyai kemahuan dan kasih sayang yang kuat terhadap aktiviti kumpulan dan akan mengekalkan aktiviti pasukan tanpa pembubaran. Kami akan berusaha untuk bekerjasama dengan mereka dalam aktiviti masa depan dan memastikan mereka dapat terus melindungi pasukan.

APINK pasti tahu apa yang terbaik untuk mereka dan peminat kan.

Korang banyak topik ‘hot’ lain tentang dunia hiburan Korea yang nak dibincangkan? Kongsi lah ‘teh’ dengan kami di forum KimchiDaily 😉

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...