Ikuti Kami:

3 Wanita Elit Sanggup Buat Apa Sahaja Demi Anak, 3 Sebab Anda Wajib Tonton ‘Penthouse’ 26 Oktober Ini

3 Wanita Elit Sanggup Buat Apa Sahaja Demi Anak, 3 Sebab Anda Wajib Tonton ‘Penthouse’ 26 Oktober Ini

Ramai yang rasanya dah tak sabar nak menonton drama sosialit “Penthouse” yang bakal ditayangkan pada 26 Oktober nanti.

Berlatarbelakangkan kondominium penthouse mewah dengan 100 tingkat, drama ini membawa kisah konflik di antara tiga wanita: Shim Soo-ryeon (Lee Ji-ah) yang lahir dalam keluarga kaya dan merupakan ‘permaisuri’ di penthouse tersebut, Cheon Seo-jin (Kim So-yeon) iaitu ‘primadona’ yang sombong dan kaya di penthouse tersebut dan Oh Yoon-hee (Eugene) yang lahir dalam kancah kemiskinan tetapi berusaha keras untuk memasuki dunia kelas atasan untuk memastikan hidup yang baik untuk anak perempuannya.

3 sebab utama kenapa anda WAJIB menonton “Penthouse” apabila ia memulakan tayangan nanti.

Cerita berkisarkan wanita

sbs penthouse

“Penthouse” membawa penonton melihat sejauh mana Shim Soo-ryeon, Cheon Seo-jin dan Oh Yoon-hee akan lakukan bagi memastikan mereka mengawal bidang hartanah dan pendidikan untuk anak-anak mereka. Shim Soo-ryeon ialah seorang yang sering dicemburui oleh penduduk lain kerana dirinya yang cantik dan elegan tetapi dalam diam, dia sebenarnya sedang cuba membalasa dendam terhadap orang yang telah merosakkan hidup anaknya.

Manakala, Cheon Seo-jin dinamakan sebagai penyanyi soprano terbaik Korea sejak zaman sekolahnya lagi dan kini, dia melakukan apa sahaja untuk mendapatkan apa yang dimahukannya. Oh Yoon-hee pula menjalani hidup yang menyesakkan bagi memastikan anaknya bahagia, dan dia mula sedar keinginannya untuk memasuki kehidupan golongan elit.

Meskipun setiap daripada wanita ini datang daripada pelbagai latar belakang, mereka mempunyai misi yang sama iaitu melakukan apa sahaja untuk anak mereka. Penonton akan disajikan dengan kisah keibuan dan ketamakan.

Saspens dan dendam

Dalam klip pendek yang dikeluarkan sebelum ini, dapat dilihat bahawa seorang perempuan telah jatuh di atas air pancut yang gah di penthouse tersebut. Shim Soo-ryeon menggigil ketakutan dan Cheon Seo-jin pula memebrikan amaran yang menggerunkan. Manakala, Joo Dan-tae (Uhm Ki-joon) memberikan ucapan dan minum dengan bahagia di hadapan penduduk penthouse tersebut, sekaligus menggambarkan kehidupan mewah dan ketamakan golongan atasan ini.

sbs penthouse

Penduduk di penthouse tersebut bakal dihantui dengan satu kejadian misteri selain menimbulkan saspens apabila mereka mula merancang untuk membalas dendam.

Kerjasama yang hebat di antara penulis dan pengarah

Selepas menunjukkan bakat yang hebat dalam “Temptation Of Wife”, “Band Of Sisters” dan “The Last Empress”, penulis Kim Soon-ok kini bakal menggarap “Penthouse” untuk menghiburkan penonton. Manakala pengarah Joo Dong-min yang popular kerana berjaya mengangkat drama seperti “Return” dan “The Last Empress” turut akan mengarahkan drama “Penthouse” ke puncak kejayaan dengan kemahiran hebatnya.

Malah pihak produksi drama ini menjanjikan plot dan saspens yang tak pernah disajikan lagi dalam drama lain sebelum ini. Syoknya!

Jangan lupa tonton “Penthouse” setiap Isnin dan Selasa di saluran SBS.

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitter dan Instagram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...