Ikuti Kami:

3 Wanita Berbeza Kemahuan, Episod Awal ‘Kill Heel’ Capai Rating Baik

3 Wanita Berbeza Kemahuan, Episod Awal ‘Kill Heel’ Capai Rating Baik

Bukan nak cakap tapi K-Drama yang diterajui oleh wanita sahaja memang lain macam bestnya! Seperti “Kill Heel” yang baru bersiaran baru-baru ini.

Sinopsis

“Kill Heel” ialah sebuah drama mengenai ketegangan dunia beli-belah di rumah. Ianya akan memaparkan wanita meneruskan hidup dalam dunia yang penuh persaingan dan kuasa melibatkan hos program dengan personaliti berbagai.

Berbeza cerita

Permulaan “Kill Heel” nyata mendebarkan apabila ia memaparkan tiga wanita dengan personaliti berbeza. Woo-hyun (Kim Ha-neul) berada di penghujung gaung dengan tiada tujuan manakala Mo-ran (Lee Hye-young) menunjukkan sisi berkarisma sebagai wanita bekerjaya.

tvn kill heel

Kemudian, Ok-sun (Kim Sung-ryung) yang sempurna pula sepertinya menyimpan rahsia yang kemas. Perbezaan kemahuan dan kedudukan mereka membuatkan penonton pening memilih untuk berpihak pada siapa.

Rating baik

Disebabkan ia menampilkan pelakon berbakat iaiatu Kim Ha-neul, Kim Sung-ryung dan Lee Hye-young, sudah pasti ramai yang menantikan tayangan “Kill Heel”.

tvn kill heel

Untuk episod pertamanya, naskhah ini berjaya mencapai rating sebanyak 4.4% namun menurun kepada 4% semasa episod kedua. Walau bagaimanapun, penonton kelihatan seronok menonton kisah berbeza tiga wanita ini yang mahu menggapai kejayaan di UNI Home Shopping.

Korang dah layan belum?

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitterInstagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...