Ikuti Kami:

3 Tahun ‘Mr. Sunshine’ Tamat, Byun Yohan Dilamar Terajui Drama Misteri ‘Snow White Must Die’

3 Tahun ‘Mr. Sunshine’ Tamat, Byun Yohan Dilamar Terajui Drama Misteri ‘Snow White Must Die’

Sudah 3 tahun menyepikan diri daripada dunia drama, nampaknya mungkin Byun Yo-han akan membuat kemunculan semula tak lama lagi.

Menurut sumber dalam industri, pelakon lelaki itu dilamar untuk menerajui drama “Snow White Must Die” berdasarkan novel misteri Jerman dengan nama yang sama.

Agensinya mengeluarkan kenyataan,

Dia ada menerima tawaran dan sedang menelitinya.

Novel popular itu mengisahkan dua detektif mengorek rahsia di sebalik insiden misteri yang berlaku di sebuah perkampungan. Drama ini akan membawa kisah dan watak di dalamnya mengikut sentimen Korea dan ia akan menunjukkan sisi manusia yang buruk.

byun yohan

Byun Yo-han ditawar untuk membawa watak Go Jung-woo. Semasa remaja, kepandaiannya membuatkan dia menerima tawaran kemasukan awal ke sekolah perubatan. Walaubagaimanapun, dia ditangkap sebagai pembunuh semasa bercuti selepas habis mengambil ujian penting. 11 tahun dipenjara, dia kembali ke perkampungan tersebut bagi menyiasat perkara sebenar yang berlaku.

Lama betul tak tengok Byun Yo-han berlakon drama kan?

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitter, Instagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...