Meskipun menerima sokongan ramai tapi tak sangka hubungan di antara pelakon Jung So-min dan Lee Joon akhirnya putus di tengah jalan selepas 3 tahun menyemai cinta.
Pada pagi 26 Jun, Dispatch melaporkan bahawa wakil kepada kedua pelakon tersebut mengumumkan bahawa mereka sudah pun berpisah. Menerusi laporan itu, satu sumber mengatakan bahawa pasangan itu baru sahaja berpisah. Manakala satu sumber lain menambah yang mereka membuat keputusan untuk hanya kekal sebagai rakan sekerja yang menyokong antara satu sama lain.
Selepas berita itu berterbangan di serata saluran media, kedua-dua agensi naungan selebriti itu telah tampil dan mengesahkan berita tersebut. Agensi PrainTPC mengatakan,
Lee Joon dan Jung So-min baru sahaja berpisah. Lee Joon merancang untuk bertemu semua orang menerusi projek yang baik tak lama lagi.
Manakala agensi naungan Jung So-min iaitu Blossom Entertainment turut mengumumkan hal yang sama.
Jung So-min dan Lee Joon baru sahaja berpisah. Mereka membuat keputusan untuk kekal hanya sebagai rakan sekerja.
Menurut Dispatch, sumber yang rapat dengan kedua selebriti itu mendedahkan bahawa pasangan tersebut banyak menghabiskan masa berasingan.
Disebabkan kedua-duanya sibuk, mereka semakin menjauh di antara satu sama lain. Mereka akhirnya lebih memberi fokus kepada kerjaya sendiri.
Seperti yang semua ketahui, Lee Joon dan Jung So-min mula berkenalan apabila mereka berlakon bersama dalam drama “Father Is Strange” pada tahun 2017. Mereka kemudiannya mengumumkan hubungan tersebut kepada orang awam beberapa bulan selepas itu.
Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ Facebook, Twitter dan Instagram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.