Ikuti Kami:

3 Tahun Menanti, Rating Episod Perdana ‘Secret Forest 2’ Kalahkan Rekod Musim Pertama

3 Tahun Menanti, Rating Episod Perdana ‘Secret Forest 2’ Kalahkan Rekod Musim Pertama

Setelah 3 tahun lamanya menanti, akhirnya “Secret Forest 2” telah pun memulakan tayangannya pada Sabtu lepas dan ia kekal saspens seperti musim terdahulunya!

Plot musim kedua

Musim pertama “Secret Forest” ditayangkan pada tahun 2017 dan menceritakan tentang seorang pendakwa yang tidak mempunyai perasaan, Hwang Si-mok (Cho Seung-woo) dan seorang polis yang baik hati, Han Yeo-jin (Bae Doo-na). Kedua mereka bergabung tenaga untuk menangkap pembunuh bersiri dan membongkarkan rasuah yang berlaku secara senyap dalam pejabat pendakwaraya tersebut.

Naskhah tersebut menerima pujian ramai semasa tayangannya dek plot yang menakjubkan untuk genre tersebut. Musim kedua “Secret Forest” bakal menyaksikan Cho Seung-woo dan Bae Doo-na kembali beraksi dengan tambahan dua watak baru iaitu Choi Bit (Jeon Hye-jin), ketua kepada Han Yeo-jin dan ketua Unit Penyiasatan Pembaharuan Struktur di Agensi Polis Kebangsaan dan Woo Tae-ha (Choi Moo-sung), ketua kepada Unit Perundangan Jenayah di Pejabat Mahkamah Tertinggi yang turut disertai oleh Hwang Si-mok.

episod pertama secret forest 2

Rating episod awal tinggi

Walaupun baru menayangkan dua episod tetapi “Secret Forest 2” sudah pun membawa penonton menelusuri pelbagai kes memeningkan yang baru. Dek kerana kehebatannya mencuri perhatian ramai, drama ini telah berjaya mengalahkan rekod yang dicatatkan masa musim awalnya dahulu.

Rating tertinggi yang direkodkan ketika musim pertama ialah 6.57% semasa tayangan episod terakhirnya, namun episod pertama “Secret Forest 2” berjaya menolak ketepi rekod itu dengan mudahnya apabila mencatatkan rating sebanyak 7.6%. Hebat!

episod pertama secret forest 2

Bukan itu sahaja, episod awal drama ini turut berjaya meraih rekod rating tertinggi untuk tayangan perdana dalam sejarah tvN bagi slot tayangan drama Sabtu-Ahad. Di mana tempat pertamanya masih kekal dipegang oleh “Mr. Sunshine” dengan rekod 8.9%. “Secret Forest 2” juga menduduki tempat pertama bagi keseluruhan saluran termasuk stesen penyiaran awam.

Nampaknya “Secret Forest 2” berjaya memulakan tayangannya dengan bergaya sekali!

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitter dan Instagram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...