Ikuti Kami:

3 Tahun Keluar AOA, Choa Kembali Ke Dunia Seni Dengan Runut Bunyi Drama ‘To All The Guys Who Loved Me’

3 Tahun Keluar AOA, Choa Kembali Ke Dunia Seni Dengan Runut Bunyi Drama ‘To All The Guys Who Loved Me’

Selepas meninggalkan AOA pada tahun 2017 atas alasan masalah kesihatan seperti insomnia dan kemurungan, Cho-A nampaknya lebih senang menyepikan diri daripada gemerlapan dunia seni.

Walaupun begitu, ramai yang perasan bahawa penyanyi yang mendendangkan salah satu runut bunyi untuk drama “To All The Guys Who Loved Me” mempunyai iras suara Cho-A. Selepas sekain lama berteka-teki, syarikat produksi lagu “I’m Right Here” tersebut mendedahkan bahawa memang benar suara tersebut adalah milik Cho-A.

choa kembali ke dunia seni

Lagi pula, media SPOTV News ada memaklumkan bahawa wanita itu kini sedang mempersiapakan diri untuk kembali ke dunia seni. Bahkan khabar angin berterbangan mengatakan Cho-A sudah pun berjumpa dengan pelbagai wakil syarikat hiburan bagi membincangkan karier seninya sebagai artis solo.

Lagu “I’m Right Here” ini bakal diriliskan secara rasmi menerusi pelbagai saluran penstriman muzik bermula 11 Ogos ini. Sebelum itu, dengarkan sedutan pendek runut bunyi tersebut di sini:

Tak sabarnya nak dengar kembali suara Cho-A, dah lah hebat menyanyi!

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitter dan Instagram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...