Ikuti Kami:

3 Sebab Penonton Terpesona Lihat Sisi Hero Gelap Lee Jehoon Dalam ‘Taxi Driver’

3 Sebab Penonton Terpesona Lihat Sisi Hero Gelap Lee Jehoon Dalam ‘Taxi Driver’

Meskipun dikenali ramai selepas drama “Signal” tapi nampaknya nama Lee Je-hoon kini meniti di bibir penonton K-Drama dek kerana persembahan hebatnya dalam “Taxi Driver” kini.

Berlakon sebagai Kim Do-gi yang merupakan bekas pegawai pertahanan khas yang membalas dendam buat sesiapa yang mahukan keadilan kini, ramai rasanya yang jatuh cinta melihat kepelbagaian warna pada wataknya itu.

Manusia baik yang mempunyai perasaan empati

Kim Do-gi menjadi perhatian ramai kerana kebaikannya. Meskipun tidak menunjukkan simpati kepada penjahat, namun dia memiliki rasa empati kepada yang lemah dan sesiapa yang menjadi mangsa kerana situasi yang tidak adil. Sisi lelaki ini dilihat seperti seorang jiran di mana dia mengurangkan tambang teksi kepada penumpang yang keletihan selain mendengar kisah mangsa yang mengharapkan bantuannya bagi membalas dendam.

Lee Je-hoon menggambarkan personaliti Kim Do-gi menerusi sekilas perubahan pada emosi selain menonjolkan sisi simpatinya menerusi pandangan yang tajam. Ianya juga berjaya membuatkan penonton mendalami kisah Kim Do-gi sebagai anti-hero selepas menjalani kehidupan yang normal. Cara lelaki ini menyeimbangkan emosi marah, kesakitan dan putus asa semasa mendengar kisah para mangsa menambahkan lagi kedalaman kepada kisah anti-hero ini.

lee jehoon taxi driver

Pakar menyamar yang membuatkan penjahat keliru

Pelbagai penyamaran Kim Do-gi membuatkan drama ini menjadi lebih menarik. Lee Je-hoon menunjukkan kehebatan lakonannya apabila dia menukar kerja dan personaliti bagi menyesuaikan diri dengan misi menceroboh kawasan musuh. Setiap kali misi berlangsung, dia mampu bertukar bagi memudahkan dirinya membalas dendam kepada penjahat yang melakukan perkara buruk.

Paling kelakar buat penonton apabila Lee Je-hoon menghadiahkan gelak ketawa menerusi babak katarsis sebagai ‘lelaki macho dan kacak yang membunuh’ semasa menjalani misi membantutkan satu kancah penipuan. Penyamarannya itu sekaligus membuktikan bahawa Lee Je-hoon mampu membawa pelbagai persona sebagai pelakon dan membuatkan “Taxi Driver” menjadi lebih menarik.

lee jehoon taxi driver

Anti-hero dengan naluri buas dan ganas

Kemampuan Lee Je-hoon sebagai pelakon menjadi perhatian penonton apabila Kim Do-gi memburu penjahat. Dia mengambil serius dengan pepatah ‘hutang darah dibayar darah’ di mana lelaki itu akan pastikan para penjahat menerima balasan yang setimpal dengan jenayah yang dilakukan mereka.

Disebabkan oleh itu, penonton kini tidak sabar menanti apakah lagi pembalasan yang bakal dilakukan oleh Kim Do-gi dalam episod akan datang nanti.

lee jehoon taxi driver

Memang best betul “Taxi Driver”, makin jatuh cinta pula dengan Lee Je-hoon kan?

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitter dan Instagram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...