Ikuti Kami:

3 Persoalan Perlu Dijawab Ketika Episod Akhir ‘Extraordinary Attorney Woo’

3 Persoalan Perlu Dijawab Ketika Episod Akhir ‘Extraordinary Attorney Woo’

Hanya tinggal 4 episod sahaja, sudah pasti ramai yang menantikan perubahan pada watak dalam “Extraordinary Attorney Woo” ini.

Dan ini merupakan antara persoalan yang dimahukan oleh penonton dalam beberapa episod penghujung ini.

Adakah akan ada bahagia buat ‘pasangan ikan paus’?

Woo Young-woo dan Lee Jun-ho mula bercinta setelah lama menyorokkan perasaan sebenar mereka. Pun begitu, kisah romantik antara keduanya masih ada kesukarannya. Walaupun lelaki itu sedar kekaishnya sukar meluahkan emosi terpendam, dia agak kecewa apabila wanita tersebut mengatakan bahawa mereka bukan pasangan bercinta. Meskipun sukar namun Lee Jun-ho tetap mahu memperjuangkan cinta bersama Woo Young-woo lantas ramai yang menantikan pengakhiran mereka.

ena extraordinary attorney woo

‘Si gila kerja’ Jung Myung-seok memaparkan tahap kesihatan membimbangkan

Merupakan peguam senior di firma Hanbada, Jung Myung-seok sangat tekun dan cekal dengan kerjayanya itu. Walau bagaimanapun, dia mengalami krisis kini apabila dilihat batuk berdarah dan hanya mampu tertawa kecil melihatnya. Disebabkan itu, penonton mula tidak senang duduk dan menantikan sambungan kisah lelaki itu.

ena extraordinary attorney woo

Kisah cinta Choi Su-yeon + helah Kwon Min-woo

Choi Su-yeon dan Kwon Min-woo sampai ke titik penentu arah yang berbeza. Beberapa kali gagal mencari cinta sejati, penonton berharap yang terbaik buat Choi Su-yeon yang sentiasa mahukan terbaik buat semua orang.

Dalam pada itu, Kwon Min-woo mencari peluang untuk menyertai firma Taesan menggunakan rahsia bahawa Woo Young-woo ialah anak Tae Soo-mi. Dengan misi perlu memastikan rakan guamannya itu meninggalkan Hanbada, lelaki berkenaan mula bermain dengan permainan berbahaya.

ena extraordinary attorney woo

Untuk pengetahuan, “Extraordinary Attorney Woo” membawa kisah Woo Young-woo (Park Eun-bin), seorang peguam dalam spektrum autisme yang bekerja keras di sebuah firma guaman besar bagi menyelesaikan pelbagai kes dan cabaran.

Nantikan sambungan “Extraordinary Attorney Woo”!

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitterInstagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.v

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...