Ikuti Kami:

“3 Minggu Tak Boleh Minum Air..” – Mengejutkan, Penyanyi Lelaki Dari Kumpulan Popular Ini Dedah Sakit Kanser

“3 Minggu Tak Boleh Minum Air..” – Mengejutkan, Penyanyi Lelaki Dari Kumpulan Popular Ini Dedah Sakit Kanser

Pasti bukan mudah kan untuk penyanyi lelaki ini berkongsi berita mengejutkan kepada peminat.

Baru-baru ini, Woo-hyun INFINITE telah berkongsi perjuangannya menghadapi sakit kanser yang jarang ditemui.

Menerusi temu bual bersama TheKoreaTimes, lelaki itu mendedahkan bahawa dia didiagnosis dengan tumor stromal gastrousus (GIST). Jelasnya,

GIST adalah sejenis kanser yang sangat jarang berlaku, yang diketahui hanya berlaku pada 10 daripada 1 juta orang.

Dalam kes saya, keperluan pembedahan tidak boleh dirunding, jadi saya segera mengadakan persembahan buat peminat pada bulan Januari dan Februari, sebelum menjalani pembedahan.

Kemudian, penyanyi berusia 32 tahun itu turut berkongsi bahawa dia tidak tahu betapa sukarnya proses pemulihan selepas melakukan pembedahan namun, telah menerima banyak sokongan.

Saya baru sedar bahawa penyakit itu lebih teruk dari yang saya fikirkan. Selepas pembedahan, saya terpaksa tahan diri dari minum air selama hampir 3 minggu dan akan ada parut sepanjang 20CM di perut. Saya juga terpaksa meletakkan beg darah di badan.

nam woohyun

Apa yang lebih menyedihkan, disebabkan oleh pembedahan dan proses pemulihan, Woo-hyun mungkin berisiko kehilangan kerjayanya dan tidak boleh bekerja pada tahap yang sama seperti sebelum pembedahan.

Doktor beritahu bahawa saya mungkin tidak dapat memulihkan semula kebolehan menyanyi saya yang lalu. Perjalanan muzik saya jadi empat hingga lima kali lebih mencabar kerana kini saya alami masalah pernafasan ketika buat persembahan.

Walaupun masih terlalu awal untuk sambung semula aktiviti muzik saya, saya masih ingin membuat comeback dengan pantas kerana saya tidak dapat menangguhkannya lagi. Saya mahu menunjukkan kepada peminat bahawa keadaan saya sudah bertambah baik.

Sementara itu, Woo-hyun akan kembali menemui peminat dengan album pertamanya ‘WHITREE’ pada 28 November hari ini, jam 5 petang.

Semoga Woo-hyun terus sentiasa sihat!

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitterInstagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...