Adakah “Running Man” sudah gagal menawan hati penonton?
Terbaru, program itu kembali bersiaran selepas tiga minggu berehat namun mencatatkan rating agak mengecewakan meskipun menampilkan tetamu hebat iaitu Park Sung-woong dan Yoon Kyung-ho.
Episod ke-715 “Running Man,” mencatatkan rating penonton sebanyak 2.9% berdasarkan purata seluruh negara. Ini adalah penurunan sebanyak 0.4% berbanding episod ke-714 iaitu episod terakhir yang disiarkan sebelum Sukan Olimpik Paris 2024.
Malah, ini juga merupakan rating penonton terendah buat kesemua “Running Man” yang disiarkan pada tahun ini.
Apa pendapat korang?
Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ Facebook, Twitter, Instagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.