Lama rasanya tak dengar ahli FT Island menyebut mengenai ahli yang sudah keluar.
Terbaru, Lee Hong-gi telah muncul sebagai tetamu di Vivo TV. Hos tersebut bertanya tentang suasana kumpulan itu sekarang selepas sekian lama aktif. Ulas lelaki itu,
Tidak seperti ketika kami mula aktif, kami bergaul dengan lebih baik sekarang apabila hanya tinggal tiga ahli. Apabila perlu membuat keputusan, ahli-ahli sering mengikut pendapat saya, kerana mereka tahu saya adalah seseorang yang sangat jujur dengan pendapat saya.
Dia meneruskan,
Mereka berkata seperti, ‘Kami gembira dengan apa sahaja yang Hong-gi hyung ingin lakukan.’ Tidak ramai orang yang akan berkata begitu, anda tahu.
Malah kongsinya, terdapat satu ketika di mana ada ahli yang tidak disebut namanya telah mengadu mengenai menu yng disediakan namun Lee Hong-gi terus meminta dia manjamah sahaja tanpa banyak songeh.
Lagi kurang orang, lagi kurang lah pertelingkahan kan?
Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ Facebook, Twitter, Instagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.