2NE1 telah mengadakan konsert solo mereka di Los Angeles pada 3 Jun, namun persembahan itu mencetuskan kontroversi disebabkan ketiadaan ahli kumpulan, Park Bom.
Beberapa minggu sebelum itu, pada 21 Mei, Park telah memuat naik hantaran bertulis “Park Bom in LA” di akaun peribadinya, memberi kemas kini kepada peminat tentang keberadaannya.
Walaupun dilihat berada di Los Angeles, dia tidak muncul di pentas, menyebabkan peminat membuat spekulasi dan merasa bimbang tentang sebab ketiadaannya.
Sementara itu, tiga ahli lain berkongsi gambar-gambar dari konsert tersebut. CL menulis “Thank you LA”, Dara menulis “Thank you Los Angeles, thank you Blackjacks”, dan Minzy pula meletakkan kapsyen “Ain’t never gonna stop.” Ketiga-tiganya memuat naik gambar kumpulan yang sama menunjukkan mereka beraksi dengan yakin di atas pentas.
View this post on Instagram
Bulan lalu, 2NE1 telah mengadakan konsert encore mereka bertajuk ‘Welcome Back’ di KSPO DOME, Seoul, sebagai penutup megah jelajah dunia mereka.
Kenapa agaknya Bom tak ada ya?
Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ Facebook, Twitter, Instagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.