Siap sedia semua untuk kemunculan semula 2NE1!
Terbaru, YG Entertainment telah mengeluarkan video pengumuman khas, di mana Yang Hyun-suk secara peribadi berkongsi rancangan 2NE1 untuk menemui peminat pada masa hadapan.
Menerusi video yang dimuat naik, agensi mengesahkan bahawa kumpulan empat ahli itu akan kembali reunion untuk mengadakan konsert jelajah mereka bermula di Seoul pada Oktober ini.
Kemudian, mereka akan terus ke Osaka pada November dan Tokyo pada Disember sebelum meneruskan perjalanan ke banyak negara hingga 2025.
Kini, video tersebut telah pun mencecah lebih 1 juta tontonan dalam masa kurang dari 24 jam, membuktikan bahawa ramai yang menantikan reunion 2NE1.
WELCOME BACK, #2NE1#투애니원 #WELCOME_BACK #YG pic.twitter.com/TsLrLjrvcE
— YG FAMILY (@ygent_official) July 21, 2024
Nantikan info lanjut!