Ikuti Kami:

22 Kali Jadi Tetamu, Penonton Mahu Kang Hanna Jadi Ahli Tetap ‘Running Man’

22 Kali Jadi Tetamu, Penonton Mahu Kang Hanna Jadi Ahli Tetap ‘Running Man’

Sedar tak sedar, dah 22 kali rupanya Kang Han-na menjadi tetamu “Running Man”.

Dalam episod terbaru “Running Man”, wanita itu kembali sebagai tetamu selepas beberapa tahun bagi mempromosikan drama “Frankly Speaking” bersama Joo Jong-hyuk. Masuk sahaja ke set, kesemua ahli menyambut kedatangan Kang Han-na dengan gembira dan menerima pujian mereka,

Dah 4 tahun rupanya.

Ketika siaran itu, Kang Han-nan membuktikan sisi penghiburnya apabila dia selesa menari kelakar selain mempunyai keserasian hebat dengan semua ahli. Malah dia juga berjaya memutarkan kesudahan misi rahsia yang berpihak kepadanya.

Selepas tayangan ini, rata-rata netizen menyambut baik kemunculan Kang Han-na selain meminta dia memasuki “Running Man” sebagai ahli tetap, “Saya harap dia kekal seperti ini”, “Suaranya yang tajam dan pintar”, “Dia sesuai dengan semua ahli” dan banyak lagi komen positif.

Best kan Kang Han-na?

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitter dan Instagram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Sumber :   OSEN

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...