Ikuti Kami:

200 Hari Sebelum Dunia Kiamat, Yoo Ahin & Ahn Eunjin Sah Terajui Netflix ‘Goodbye Earth’

200 Hari Sebelum Dunia Kiamat, Yoo Ahin & Ahn Eunjin Sah Terajui Netflix ‘Goodbye Earth’

Selepas hanya mendengar khabar angin, akhirnya Netflix sudah mendedahkan barisan pelakon untuk siri “Goodbye Earth”.

Ianya merupakan adaptasi daripada novel garapan Isaka Tokaro di mana mengisahkan kelalutan dalam 200 hari sebelum dunia musnah dek pelanggaran asteroid.

Ahn Eun-jin akan berlakon sebagai Jin Se-kyung iaitu guru subjek keluarga teknikal di sebuah sekolah rendah sebelum asteroid menyerang dunia. Kini, dia merupakan sukarela di Pusat Kebajikan Kanak-Kanak di Dewan Pembandaran.

Manakala Yoo Ah-in pula sebagai Han Yoon-sang, kekasih Jin Se-kyung yang bertugas sebagai penyelidik di institut penyelidikan bioteknologi. Meskipun selamat di Amerika Syarikat, lelaki itu sanggup terbang ke Korea bagi berada di samping orang kesayangannya.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Netflix Korea (@netflixkr)

Jun Sung-woo dipertanggungjawabkan untuk membawa watak Woo Sung-jae di mana dia menjadi pembantu paderi dalam satu malam selepas paderi di gereja itu menghilangkan diri apabila pengumuman mengenai pelanggaran asteroid itu dilakukan.

Watak Kang In-ah akan dilakonkan oleh Kim Yun-hye di mana dia merupakan seorang komander buat wataniah sokongan perkhidmatan kombat. Dia bergerak di sekitar Bandar Ungcheon bagi mengedarkan bekalan selain menjaga keselamatan.

Pasti menarik apabila menyaksikan bagaimana kesemua watak yang berbeza ini memilih untuk mengakhiri kehidupan mereka di bumi.

Sama-sama kita nantikan!

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitterInstagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...