Memang sangat dedikasi tau Jang Na-ra untuk drama barunya!
Untuk pengetahuan, Jang Na-ra akan terajui drama baru berjudul “Good Partner”, memainkan watak sebagai seorang peguam yang pakar dalam bidang undang-undang perceraian.
Baru-baru ini, tular dalam komuniti dalam talian menyatakan bahawa wanita itu merancang untuk bercerai selepas 2 tahun berkahwin. Hal ini kerana, Jang Na-ra secara tiba-tiba dilihat mengikuti akaun seorang peguam sebenar yang pakar dalam menangani kes perceraian.
Bagaimanpun, wanita itu menjelaskan bahawa dia mengikuti peguam itu untuk belajar darinya, bagi menghidupkan lagi watak Cha Eun-kyeong, iaitu peguam perceraian.
Malah dalam satu temu bual, Jang Na-ra mendedahkan rasa sayang terhadap wataknya itu,
Secara peribadi, saya tidak mahu bertemu dengan watak Cha Eun-kyung, tetapi jika saya perlu menerima kaunseling, saya ingin pergi ke Cha Eun-kyung.
Sementara itu, Jang Na-ra akan bergandingan dengan Nam Ji-hyun dalam drama “Good Partner”, akan ditayangkan pada 12 Julai nanti.