Ikuti Kami:

2 Pelajar Dikejar Organisasi Jenayah, Park Sewan & Song Geonhee Sah Terajui Drama ‘Ultimate Weapon Alice’

2 Pelajar Dikejar Organisasi Jenayah, Park Sewan & Song Geonhee Sah Terajui Drama ‘Ultimate Weapon Alice’

Siri akan datang di bawah drama asal WATCHA “Ultimate Weapon Alice”, telah mengesahkan barisan pelakonnya, termasuk bintang utama Park Se-wan dan Song Geon-hee.

Diarah dan ditulis oleh Lee Byung-hun, yang juga merupakan pengarah bagi filem 2019 “Extreme Job” dan drama hit “Be Melodramatic”, siri akan datang ini mengikuti kisah pelajar yang dikejar oleh organisasi jenayah.

Park Se-wan akan memainkan watak sebagai Gyeo-wool, iaitu pelajar baru misteri di sekolah menengah dan dia juga adalah seorang pembunuh. Di sekolah barunya, dia berjumpa dengan Yeo-reum, lakonan Song Geon-hee, yang mengalami trauma. Entah bagaimana, mereka tiba-tiba dikejar oleh organisasi jenayah.

watcha alice the ultimate weapon drama

Selain daripada bintang utama, Kim Sung-oh, Kim Tae-soon, Jeong Seung-gil, dan Cha Joo-young, juga merupakan barisan pelakon yang akan terlibat dalam drama ini.

“Ultimate Weapon Alice” akan dikeluarkan secara eksklusif menerusi WATCHA, pada separuh pertama 2022 dan diterbitkan di bawah Plus Media Entertainment.

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitterInstagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...