Ikuti Kami:

“2 Kali Je Setahun..” – Ha Jiwon Dedah Sebab Jarang Makan Ramyeon

“2 Kali Je Setahun..” – Ha Jiwon Dedah Sebab Jarang Makan Ramyeon

Sebagai seorang selebriti, Ha Ji-won pastinya ingin tampil sihat dan elegan di hadapan orang ramai.

Baru-baru ini, agensi Ha Ji-won telah melancarkan video baru di YouTube, menunjukkan pelakon itu sedang membeli barangan di pasar raya.

Ketika sedang dalam perjalanan, Ha Ji-won berkata sambil teruja,

Saya akan makan ramyeon buat kali pertama dalam setahun hari ini. Saya akan membeli ramyeon. Saya berjalan kaki kerana ia berdekatan.

Kemudian, pelakon “Curtain Call” itu turut berkongi sebab dia jarang makan ramyeon,

Apabila saya makan ramyeon, saya mendapat jerawat, jadi saya benar-benar tidak boleh memakannya semasa penggambaran.

Sambung Ha Ji-won lagi,

Saya makan ramyeon mungkin dua kali setahun? Hari ini adalah hari yang saya benar-benar boleh makan. Ramyeon pertama dalam setahun. Woohoo.

Wahh, bukan senang tau nak tahan untuk tak makan ramyeon.

Korang banyak topik ‘hot’ lain tentang dunia hiburan Korea yang nak dibincangkan? Kongsi lah ‘teh’ dengan kami di forum KimchiDaily 😉

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...