Ikuti Kami:

’18 Again’ Dikritik Dek Tampil Watak Pelajar Sekolah & Wanita Dewasa Dalam Babak ‘Mesra’

’18 Again’ Dikritik Dek Tampil Watak Pelajar Sekolah & Wanita Dewasa Dalam Babak ‘Mesra’

Tiba-tiba ada pula berita kurang enak mengenai “18 Again” dek episodnya baru-baru ini.

Dalam episod ke-11, penonton nyata terkejut melihat babak ciuman di antara Hong Dae-young (Lee Do-hyun) dan Jung Da-jung (Kim Ha-neul). Bagi yang tidak mengetahui, Hong Dae-young sebenarnya ialah suami Jung Da-jung yang berusia 37 tahun namun tak semena-mena terperangkap dalam badannya ketika berusia 18 tahun kembali.

Rata-rata penonton meluahkan rasa tidak senang dengan babak tersebut memandangkan jarak usia di antara kedua mereka selain Hong Dae-young yang masih merupakan pelajar sekolah menengah.

18 again

Pun begitu, ada yang ‘back-up’ dan mengatakan bahawa dia bukanlah 18 tahun namun sebenarnya 37 tahun yang terperangkap dalam badan remajanya. Jadi tak salah untuk babak seperti itu diselitkan sekali. Namun diingat bahawa Jung Da-jung mengenali lelaki itu sebagai seorang pelajar sekolah menengah dan bukan suaminya yang sudah diceraikan, lantas nampak kekok di situ.

Apa pula pendapat anda mengenai babak ini?

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitter dan Instagram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...