17 Tahun Berlalu, Yoon Kyesang & Seo Jihye Dilapor Bakal Bergandingan Semula Dalam ‘Sixth Sense Kiss’

seo jihye yoon kyesang

17 tahun berlalu, khabarnya Seo Ji-hye dan Yoon Kye-sang akan kembali bergandingan dalam sebuah drama baru tak lama lagi.

Menurut sumber media, kedua pelakon itu dikatakan akan berlakon dalam “Sixth Sense Kiss”.

Malah kedua-dua agensi Seo Ji-hye dan Yoon Kye-sang turut mengesahkan bahawa mereka ada menerima tawaran berkenaan dan kini sedang menelitinya.seo jihye yoon kyesangBerasal daripada novel web dan diadaptasi kepada webtoon baru-baru ini, “Sixth Sense Kiss” membawa kisah Ye Sul yang boleh melihat masa hadapan apabila mencium seseorang. Pada suatu hari, dia tanpa sengaja telah tercium leher bosnya, Cha Min-hoo dan dia ternampak mereka berada di atas katil bersama.

Jikalau Seo Ji-hye dan Yoon Kye-sang menerima tawaran ini, ia bermakna mereka akan bergandingan semula selepas 17 tahun membintangi drama “My 19-Year-Old Sister-in-Law” di mana mereka berlakon sebagai adik-beradik kembar.

Drama ini dikatakan bakal memulakan penggambaran tak lama lagi.

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitter, Instagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

1 komen

Leave a Reply