Setelah lama menjinak dalam dunia nyanyian, adakan Hyo-yeon SNSD akan cuba memasuki bidang lakonan pula?
Terbaru pada 28 Ogos, Hyo-yeon telah muncul dalam sebuah program radio, bagi mempromosikan lagu barunya.
Ketika sedang berborak, DJ Kim Shin-young memuji lakonan Hyo-yeon dalam muzik videonya “Picture”,
Saya fikir awak sedang menyasarkan untuk berlakon.
Respon wanita itu,
Sama sekali tidak. Saya tidak mempunyai keinginan untuk berlakon. Perkara yang paling sukar bagi saya adalah untuk melakukan sesuatu yang ‘cheesy’. Komedi senang tetapi lakonan serius terlalu sukar.
Sementara itu, Hyo-yeon baru sahaja membuat kemunculan semula dengan single baru berjudul “Picture”.
Dengarkan di atas!
Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ Facebook, Twitter, Instagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.