Ikuti Kami:

11 Tahun Menanti, Han Jihye Selamat Timang Cahaya Mata Pertama

11 Tahun Menanti, Han Jihye Selamat Timang Cahaya Mata Pertama

Selepas 11 tahun berkahwin, pelakon Han Ji-hye dan suami akhirnya menyambut kelahiran cahaya mata pertama mereka.

Malah wanita itu tidak segan untuk berkongsi gambar anak perempuan itu menerusi laman Instagram miliknya.

Kami sudah bertemu dengan puteri kami. Kami bertemu dengannya selepas melalui pembedahan segera namun kesakitan selepasnya adalah sangat teruk sehingga saya terseksa untuk beberapa hari. Saya ke tandas dan banyak menangis kerana terlalu sakit selain berasa sangat sedih. Kondisi saya sudah semakin membaik namun saya sangat berharap agar akan kembali pulih secepatnya.

Proses untuk menjadi ibu adalah sesuatu yang sukar tapi saya gembira dapat berjumpa dengan bayi yang seperti malaikat.

Terima kasih sangat sangat atas ucapan tahniah semua. Saya akan membaca semua mesej anda sementara sedang sembuh.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Han Ji-Hye (@jh_han)

Sekadar pengetahuan, Han Ji-hye popular dengan drama “Sweet 18”, “East Of Eden” dan banyak lagi. Namun wanita ini aktif sebagai salah seorang ahli panel program “Stars’ Top Recipe at Fun-Staurant” baru-baru ini.

Tahniah buat Han Ji-hye dan suami!

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitter, Instagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...