Ikuti Kami:

11 Seleksi K-Drama Baru Sepanjang Februari Ini

11 Seleksi K-Drama Baru Sepanjang Februari Ini

Banyak betul drama baru yang akan ditayangkan pada Februari ini. Jom!

1. LUCA: The Beginning

tvN | 1 Februari

tvn luca: the beginning

“LUCA” ialah sebuah drama yang berdasarkan kepada teori ‘Origin of Species’ daripada Charles Darwin. Kisah seorang individu telah dilahirkan di dalam sebuah dunia genetik yang misteri dan terpaksa mengharunginya seorang diri.

2. Love Scene Number

MBC | 1 Februari

mbc love scene number

“Love Scene Number” ialah sebuah drama pendek yang hanya mempunyai 8 episod sahaja. Ianya berlatar belakangkan kehidupan 4 wanita berbeza. Doo-ah (Kim Bo-ra) yang berusia 23 tahun ialah seorang pelajar universiti yang mengamalkan hubungan poligami. Ha-ram (Shim Eun-woo) pula ialah seorang guru sekolah rendah berusia 28 tahun yang melarikan diri daripada perkahwinannya sendiri. Manakala Ban-ya (Ryu Hwa-young) ialah seorang pengajar ganti berusia 35 tahun di sebuah universiti. Chung-kyung (Park Jin-hee), 42 tahun pula ialah seorang wanita yang baru sahaja mengetahui kecurangan suaminya.

3. River Where The Moon Rises

KBS | 15 Februari

river where the moon rises

Drama bersejarah ini mengisahkan tentang kisah cinta di antara Pyeonggang dan On Dal yang merupakan watak dalam kisah dongeng zaman Goguryeo. Pyeonggang yang turut dikenali sebagai Yeom Ga-jin ialah seorang wanita yang bercita-cita tinggi dan mahu menjadi wanita pertama yang memerintah Goguryeo. Malah dia sanggup menggunakan perasaan On Dal yang suci kepadanya untuk mencapai impian tersebut.

4. Miss Monte Cristo

KBS | 15 Februari

kbs miss monte cristo

Drama mendebarkan ini menceritakan kisah seorang wanita yang hampir menemui ajal apabila rakan baik yang dipercayai menikam belakangnya. Selepas membuat keputusan untuk membalas dendam, dia tampil kembali untuk menuntut semula haknya. Go Eun-jo (Lee So-yeon) ialah seorang waniat yang kehilangan segalanya dalam insiden tragik manakala Oh Ha-ra (Choi Yeo-jin) pula ialah seorang pewaris kaya yang tamak dan sombong.

5. Hello? It’s Me!

KBS | 17 Februari

kbs hello? its me!

Naskhah ini mengisahkan tentang kehidupan Yoo Byul-na, seorang pekerja kontrak di syarikat manisan yang sudah mencecah usia 37 tahun. Sering terbeban dengan masalah tidak mempunyai pekerjaan yang tetap, namun dia tetap bekerja dengan gigihnya. Dengan suratan takdir yang berbelit, wanita ini berjumpa semula dengan dirinya yang berusia 17 tahun dan mula menyedari bahagia kehidupan dan dia mula sedar bahawa 30-an bukanlah menua sahaja.

6. Sisyphus: The Myth

JTBC | 17 Februari

jtbc sisyphus: the myth

Drama misteri fantasi ini memberi fokus kepada jurutera genius Han Tae-sool (Cho Seung-woo) yang menjalani pengembaraan dahsyat dalam membongkar kebenaran dan si penyelamat Kang Seo-hae (Park Shin-hye) yang menjalani laluan yang berliku dan berbahaya untuknya.

Han Tae-sool ialah rakan penaung syarikat Quantum and Time. Dikenali sebagai seorang yang pandai dalam kalangan genius, dia mempunyai kemahiran yang tinggi dalam kejuruteraan dan pengekodan selain turut memiliki rupa ang kacak. Rekaan lelaki itu berjaya membawa syarikatnya itu ke peringkat antarabangsa sehingga dia dinamakan sebagai hero negara dan keajaiban dalam dunia kejuruteraan Korea.

7. The Penthouse 2

SBS | 19 Februari

sbs penthouse

Berlatarbelakangkan kondominium penthouse mewah dengan 100 tingkat, drama ini membawa kisah konflik di antara tiga wanita: Shim Soo-ryeon (Lee Ji-ah) yang lahir dalam keluarga kaya dan merupakan ‘permaisuri’ di penthouse tersebut, Cheon Seo-jin (Kim So-yeon) iaitu ‘primadona’ yang sombong dan kaya di penthouse tersebut dan Oh Yoon-hee (Eugene) yang lahir dalam kancah kemiskinan tetapi berusaha keras untuk memasuki dunia kelas atasan untuk memastikan hidup yang baik untuk anak perempuannya.

8. Beyond Evil

JTBC | 19 Februari

jtbc beyond evil

Drama thriller psikologi ini membawa kisah dua lelaki yang sanggup melanggar undang-undang dan peraturan bagi mengejar seorang pembunuh bersiri. Bagi membongkar identiti sebenar penjenayah tersebut, mereka perlu meneliti secara mendalam setiap orang yang terlibat dengan kes tersebut dengan sering mempersoalkan diri sendiri, “Siapakah raksasa sebenar – adakah awak? Adakah saya? Adakah kita?”. Lee Dong-shik (Shin Ha-kyun) ialah seorang bekas detektif di unit jenayah ganas yang telah pun diturunkan pangkat kepada sarjan di sebuah balai polis tempatan. Manakala Han Joo-won (Yeo Jin-goo) pula ialah detektif elit yang hadir ke balai polis tersebut dengan satu rahsia.

9. Vincenzo

tvN | 20 Februari

tvn vincenzo

Membawa kisah seorang peguam Itali bernama Vincenzo Cassano yang juga merupakan penasihat kepada sebuah keluarga mafia. Dek konflik yang tercetus dalam organisasinya, dia kembali ke Korea dan berlaga pula dengan seorang peguam tegas iaitu Hong Cha-young. Bersama-sama, mereka mencapai keadilan dengan mengaplikasikan cara yang digunapakai penjahat. Drama ini diyakini akan membuat penonton merasai kepuasan apabila melihat hero gelap yang berlawan dengan penjahat sebenar menggunakan ketegasan undang-undang.

10. Times

OCN | 20 Februari

ocn times

“Times” ialah sebuah misteri politik yang bertemakan permainan masa. Kisah bermula apabila Seo Jung-in (Lee Joo-young), anak kepada presiden Korea Selatan berjaya menghubungi Jin-woo (Lee Seo-jin), seorang wartawan yang berada pada 5 tahun lepas. Dalam menghalang kematian ayahnya, dia membongkarkan banyak rahsia berbahaya sepanjangnya.

11. Dear. M

KBS | 26 Februari

kbs dear. m

“Dear.M” membawa kisah pencarian sekitar kampus mengenai seorang individu misteri bernama ‘M’ yang disebut dalam sebuah entri tidak bernama di laman komuniti Universiti Seoyeon. Drama romantik realistik ini akan menyaksikan perubahan hubungan dan kisah cinta yang mula berputik di antara pelbagai watak selepas disedarkan oleh ‘M’.

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitter dan Instagram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...