Ikuti Kami:

10 Tahun Menyepi Diri Daripada Dunia Lakonan, Won Bin Dikhabarkan Tolak Drama Bernilai RM141 Juta

10 Tahun Menyepi Diri Daripada Dunia Lakonan, Won Bin Dikhabarkan Tolak Drama Bernilai RM141 Juta

Siapa yang pernah menonton filem “The Man From Nowhere”, pasti mengenali dengan pelakon hebat iaitu Won Bin. Mula menempa nama menerusi drama “Autumn Of My Heart”, lelaki itu kini sudah menyepikan diri daripada dunia lakonan selama lebih 10 tahun sehingga menimbulkan tanda tanya ramai peminat.

Meskipun kekal dinamakan sebagai pelakon paling hebat di Korea, rupanya hal itu terjadi adalah kerana kombinasi sikapnya yang memilih dan juga nasib yang malang. Selepas berkahwin pada tahun 2015 dengan pelakon Lee Na-young, Won Bin menerima tawaran untuk berlakon dalam sebuah filem remake “Still Live” garapan Umberto Pasolini. Walaubagaimanapun disebabkan oleh ketidaksefahaman di antara pengarah dan juga pelakon tersebut, dia akhirnya menolak untuk membintangi filem tersebut.

won bin the man from nowhere

Pada tahun yang sama, filem “The Man From Nowhere” berada dalam perbincangan untuk diadaptasikan kepada versi Hollywood. Walaupun cuba melakukan kemunculan semula menerusi projek ini, namun koordinasi teruk di antara pihak produksi dan pihak Won Bin menyebabkan ianya dibatalkan.

Baru-baru ini, Won Bin difahamkan telah menerima tawaran untuk berlakon dalam sebuah drama bertajuk “The Immortal” yang menelan belanja sebanyak 40 bilion won (RM141 juta). Bakal dikemudi oleh Jang Young-woo iaitu pengarah yang sama untuk “Mr Sunshine”, ramai yang berharap lelaki itu akan menerima tawaran tersebut.

“The Immortal” membawa kisah seorang wanita yang mengingati kisah lampaunya selepas dihidupkan semula banyak kali selama 600 tahun dan seorang lelaki yang tidak akan mati dan sudah pun berusia 600 tahun. Mengecewakan apabila Won Bin telah menolak untuk membintangi drama tersebut kerana berasa terlalu terbeban untuk membuat kemunculan semula dalam sebuah naskhah yang sangat hebat.

won bin

Sepanjang 10 tahun ini, Won Bin hanya menyertai pelbagai penggambaran iklan komersial dan paling terbaru ialah pada bulan Mei ini untuk satu jenama kopi tempatan. Rata-rata netizen merasakan bahawa rugi pelakon itu tidak membintangi lebih banyak projek memandangkan dia mempunyai visual yang tampan dan mutu lakonan yang hebat.

Bila agaknya kita boleh saksikan semula lakonan Won Bin?

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitter dan Instagram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...