Ikuti Kami:

10 Tahun Bercinta Tanpa Pengetahuan, Pasangan K-Drama Ini Bakal Berkahwin

10 Tahun Bercinta Tanpa Pengetahuan, Pasangan K-Drama Ini Bakal Berkahwin

Tak semena-mena ada berita perkahwinan yang menerjah dunia K-Drama hari ini.

Menurut kaporan media, Yoon Sun-woo dan Kim Ga-eun bakal melangsungkan perkahwinan pada Oktober ini. Kedua-duanya mula berkenalan ketika membintangi drama “Loyal Dandelion” pada tahun 2015. Hubungan mereka yang bermula sebagai kawan akhirnya berkembang menjadi cinta, dan kini mereka telah menjalin hubungan selama hampir 10 tahun.

Seorang kenalan rapat pasangan itu berkata,

Yoon Sun-woo dan Kim Ga-eun kedua-duanya mempunyai keperibadian yang sangat baik. Mereka saling mempercayai dan menghargai satu sama lain sepanjang masa itu, dan akhirnya membuat keputusan untuk berkahwin. Mereka benar-benar pasangan yang menyenangkan untuk dilihat.

yoon seonwoo kim gaeun

Yoon Sun-woo aktif dalam pelbagai drama termasuk “Moon Lovers: Scarlet Heart Ryeo” (2016), “Reunited Worlds” (2017), “Still 17” (2018), “Liver or Die” (2019), “Stove League” (2019), “Awaken” (2020), “Good Job” (2022), dan “The Third Marriage” (2023).

Kim Ga-eun pula membintangi pelbagai drama seperti “Giant” (2010), “Doctor Champ” (2010), “Scent of a Woman” (2011), “Brain” (2011), “Gap Dong” (2014), “Gunman in Joseon” (2014), “Loyal Dandelion” (2014), “Because This is My First Life” (2017), “The Light in Your Eyes” (2019), “Under the Queen’s Umbrella” (2022), “King the Land” (2023), dan “Potato Research Institute” (2025).

Tahniah!

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitterInstagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Sumber :   Star In

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...