Ikuti Kami:

10 Tahun Bercinta, Jung Kyungho Akui Belum Bincang Secara Terperinci Soal Kahwin Dengan Sooyoung

10 Tahun Bercinta, Jung Kyungho Akui Belum Bincang Secara Terperinci Soal Kahwin Dengan Sooyoung

Umum pasti mengetahui bahawa pasangan Choi Soo-young dan Jung Kyung-ho telah pun menjalinkan hubungan hampir 10 tahun.

Terbaru, Jung Kyung-ho telah terlibat dengan temu bual untuk filemnya akan datang “Men of Plastic”, di mana dia memegang watak sebagai pakar bedah plastik yang berbakat.

Khususnya ketika sesi temu bual, pelakon itu turut bercerita tentang hubungannya bersama ahli GIRLS’ GENERATION iaitu Soo-young. Jung Kyung-ho berkongsi pada awalnya,

Sebaik sahaja saya menjalinkan hubungan, ia cenderung untuk bertahan lama. Saya telah bercinta dengan teman wanita saya selama hampir 10 tahun, dan saya tertanya-tanya sama ada kami perlu berkahwin apabila tiba masanya. Kami belum bercakap pada satu sama lain secara terperinci lagi soal itu.

jung kyungho sooyoung

Tambahnya lagi,

Saya menghabiskan banyak masa dengan teman wanita saya dan membuat banyak kenangan. Dia adalah orang yang paling banyak saya bercakap dalam hidup saya. Saya juga hanya bercakap tentang kebimbangan saya dengan dia. Dia datang ke pratonton VIP semalam (28 Nov) dan memberitahu saya bahawa filem itu menyeronokkan.

Kemudian, Jung Kyung-ho turut mendedahkan antara perkara yang membuatkannya menyayangi Soo-young,

Saya seorang yang makan sikit, tetapi teman wanita saya tidak. Sebenarnya, salah satu sebab saya jatuh cinta dengan teman wanita saya adalah kerana dia makan banyak.

sooyoung jung kyungho

Sama-sama kita nantikan mereka naik pelamin bersama.

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitterInstagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...