Ikuti Kami:

10 Tahun Bercinta, Hwang Bora Umum Bakal Kahwini Adik Ha Jungwoo

10 Tahun Bercinta, Hwang Bora Umum Bakal Kahwini Adik Ha Jungwoo

Peminat K-Drama pastinya mengenali Hwang Bo-ra yang sering membawa watak kelakar dalam pelbagai siri.

Terbaru, pelakon wanita itu mengumumkanbahawa dia bakal menamatkan zaman bujang bersama teman lelaki, Kim Young-hoon selepas 10 tahun bercinta.

Umum Walkhouse Company,

CEO Kim Young-hoon dan pelakon Hwang Bo-ra akan meneruskan hubungan yang lama ini dan berjanji 100 tahun pada November ini. Perkahwinan ini akan berlangsung secara tertutup dengan kehadiran saudara dan teman rapat sahaja. Kami meminta pemahaman anda kerana tidak dapat memberik maklumat lanjut. Kami berjanji akan menampilkan sisi yang lebih baik pada masa hadapan. Sila berikan ucapan tahniah dan restu buat mereka.

hwang bora cha hyunwoo

Untuk pengetahuan, Kim Young-hoon merupakan bekas pelakon dan merupakan CEO kepada agensi Walkhouse Company yang dinaungi oleh abangnya, Ha Jung-woo, Hwang Bo-ra dan lain-lain.

Dalam pada itu, Hwang Bo-ra turut menyampaikan berita tersebut menerusi Instagram rasminya.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by 황보라 (@pinggumama)

Tahniah!

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitterInstagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...