Ikuti Kami:

Klasik! Ini 10 K-Drama Komedi Romantik Lama WAJIB Ditonton

Klasik! Ini 10 K-Drama Komedi Romantik Lama WAJIB Ditonton

Walaupun drama Korea bergenre aksi dan thriller digilai ramai tetapi sebenarnya ada sahaja penonton yang gemarkan plot cerita yang lebih ringan dan santai. Sebabnya, mereka nak luangkan masa menonton drama untuk hilangkan stres bukannya tambahkan lagi serabut sebab anak hilanglah, kawan baik kena culiklah, pening!

Oleh sebab itu, di sini ada senarai K-Drama genre komedi romantik yang menjadi kegilaan daripada awal kemunculannya sehinggalah sekarang. Ayuh!

1. My Love From The Star

Mengisahkan tentang hubungan romantik di antara alien yang sampai ke bumi pada 400 tahun lepas dengan seorang pelakon Hallyu popular yang ‘kekwat’.

Drama ini memang mejadi kegilaan ramai kerana lakonan mantap oleh pelakon veteran Jun Jihyun dan Kim Soohyun. Bahkan wanita itu tak segan langsung untuk membuat memek muka kelakar supaya dapat menghiburkan penonton.

my love from the star

2. Legend Of The Blue Sea

Mengisahkan cinta yang berputik di antara si ikan duyung dan anak orang kaya yang bertukar menjadi si penipu.

Drama ini mengangkat tema fantasi mengenai ikan duyung dan ianya berjaya menarik penonton kerana lakonan menjadi Lee Minho dan Jun Jihyun selain banyak babak yang lawak dengan elemen magis.

legend of the blue sea

3. I’m Not A Robot

Seorang lelaki yang tak pernah merasai pengalaman cinta kerana masalah alergiknya telah mula mengenali seorang wanita yang berlakon sebagai robot. Pun begitu, dia akhirnya jatuh cinta.

Plotnya yang mudah dijiwai membuatkan penonton tertarik, tambahan pula keserasian yang hebat ditunjukkan oleh kedua-dua pelakon utamanya. Meskipun kedua-dua karakter mengalami masalahnya sendiri tetapi hubungan cinta mereka yang naif berjaya membuai penonton.

im not a robot

4. Weightlifting Fairy Kim Bokjoo

Drama ini membawa penonton menelusuri kehidupan para pelajar daripada pelbagai latar belakang di kolej sukan.

Perangai ‘gila-gila’ watak perempuan utama dan sikap ‘satu dalam seribu’ si lelaki telah bergabung dan menghasilkan drama yang menghiburkan. Kombinasi mereka berdua telah mencipta fenomena dalam kalangan peminat drama Korea sehinggakan “Weightlifting Fairy Kim Bokjoo” menjadi drama Korea pertama yang ditonton oleh ramai orang.

weighlifting fairy kim bokjoo

5. Strong Girl Do Bongsoon

Do Bongsoon, seorang wanita genit dilahirkan dengan kuasa luar biasa. Disebabkan oleh kekuatannya, dia telah ditugaskan untuk mengawal si kaya CEO Ahn Minhyuk. Daripada situ, cinta di antara mereka mula bercambah.

Drama komedi romantik tak masuk akal yang disukai ramai! Kecomelan Do Bongsoon malahan ‘keganasan’nya telah berjaya memikat hati bukan sahaja Minhyuk bahkan juga penonton.

strong woman do bongsoon

6. My Girlfriend Is A Gumiho

Kisah seorang lelaki kacak yang jatuh cinta dengan seekora serigala berekor sembilan yang cantik.Walaupun takut serigala itu akan memakan hatinya pada awal cerita tapi mereka mula menyukai antara satu lain.

Kecomelan Shin Minah yang tak tahu apa-apa membuatkan penonton macam nak gigit-gigit sahaja dia!

my girlfriend is a gumiho

7. My ID Is Gangnam Beauty

Cerita seorang wanita yang mengalami perubahan hidup menerusi pembedahan plastik. Selepas itu, dia mengenali dengan Do Kyungsuk yang tak pentingkan rupa semasa di kolej  dan wanita itu mula belajar mengenai kecantikan sebenar.

Persoalan mengenai ‘kecantikan sebenar’ nyata membuatkan ramai penonton yang tertarik dengan drama ini. Walaupun banyak memberi fokus kepada aspek romantik tetapi kisah kehidupan pelajar universiti telah menjadi rempah yang membuatkan naskhah ini menjadi lebih ‘umphh’!.

my id is gangnam beauty

8. You’re Beautiful

Ko Minyeo yang mengimpikan kehidupan sebagai biarawati terpaksa menangguh sebentar impiannya itu supaya dapat menyamar sebagai abang kembarnya dalam sebuah band popular A.N.Jell. Sementara menunggu pembedahan plastik abangnya yang sedikit tak menjadi itu dibetulkan, dia terpaksa hidup dengan tiga lelaki lain dalam rumah yang sama.

Kisah cinta yang bersegi-segi nyata membuatkan penonton tak senang duduk tetapi banyak babak yang kelakar membuatkan ramai yang berasa terhibur apabila menonton drama ini.

youre beautiful

9. She Was Pretty

Seorang gadis cantik yang membesar dengan pelbagai masalah kecantikan kini menghadapi kesukaran untuk bersua muka dengan rakan baiknya semasa sekolah. Dengan itu, dia meminta rakan baiknya yang cantik jelita untuk menggantikan tempatnya namun kehidupan mereka mula berkait dan menjadi serabut.

Watak Hwang Jungeum dalam drama ini adalah sangat kelakar sampaikan tiap episod ada sahaja telatahnya yang buat penonton gelak pecah perut. Tapi yang palling penting, berbanding Park Seojoon sebagai watak utama, ramai penonton lebih sukakan watak lelaki kedua yang dilakonkan oleh Choi Siwon.

she was pretty

10. Kill Me Heal Me

Hidup seorang lelaki yang mempunyai 7 personaliti kini mula berselirat dengan seorang wanita yang juga merupakan ahli psikologi. Kehabatan lakonan Jisung dalam membawa pelbagai watak berbeza ternyata mendapat pujian penonton.

Walaupun bermain dengan masalah psikologi tetapi babak kelakar yang diselit di antaranya telah membuatkan ramai yang melekat di hadapan televisyen sehingga ke penghujung drama.

kill me heal me

Selamat menonton!

Korang banyak topik ‘hot’ lain tentang dunia hiburan Korea yang nak dibincangkan? Kongsi lah ‘teh’ dengan kami di forum KimchiDaily 😉

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...