10 Drama Korea Pilihan Tertinggi Penonton Di Korea Selatan

Pasti terlalu banyak senarai drama Korea yang anda ingin tonton, namun untuk menonton semuanya tentulah agak mustahil. Oleh itu, drama-drama yang menjadi pilihan orang ramai pastilah drama yang harus ditonton terlebih dulu. Berikut adalah senarai drama-drama yang menjadi pilihan penonton di Korea dari tempat ke 10 hingga pertama.  

10. The Crowned Clown

crowned clownDrama hasil pembuatan semula filem tahun 2012 Masquerade mengisahkan tentang raja di zaman Jeoson yang sedang bergolak. Demi mengelakkan dari dibunuh oleh musuh-musuhnya, raja telah mengambil keputusan untuk manjadikan seorang badut yang muka mirip dengannya sebagai pengganti. Pelakon muda Yeo Jin Gu yang membintangi drama ini sebagai raja dan juga badut, telah mendapat pujian yang tinggi di atas lakonannya . Dengan penilaian 10.85 drama terbitan tvN ini telah mendapat kedudukan di tangga ke 10.

9. Prison Playbook

playbookDi tempat ke 9 dengan penilaian 11.2% drama Prison Playbook ini mengisahkan tentang seorang bintang bola lisut yang telah dipenjarakan. Salah seorang kawannya juga merupakan pekerja di penjara itu. Dia dipenjarakan atas sebab menyerang seseorang yang cuba merogol adiknya. Siri terbitan tvN ini adalah yang pertama untuk Park Hae Soo memegang watak utama.  Drama ini juga menampilkan lagu-lagu OST yang menghiburkan.

8. Reply 1994reply1994

Siri kedua dalam semua siri Reply ini mengisahkan 6 pelajar universiti yang tinggal di asrama dimiliki oleh pasangan yang mempunyai anak bernama Na Jung pada tahun 1994. Walaupun  tiada kaitan dengan siri-siri Reply yang lain, seperti siri sebelumnya Reply 1997, jalan ceritanya bertukar-tukar dari tahun 1994 dan 2013 yang membuatkan penonton tertanya-tanya siapakah suami Na Jung. Drama ini juga ada mengaitkan peristiwa sejarah di negara Korea dari tahun 1994 seperti cerita Seo Taiji and Boys, bangunan pasar raya Sampong yang runtuh dan juga permulaan Korean Basketball League.

7. The Lady in Dignity

dignityDrama The Lady in Dignity ataupun Woman in Dignity ini mendapat tempat ketujuh dalam kedudukan drama-drama pilihan rakyat Korea. Mengisahkan tentang seorang wanita yang telah berkahwin dengan anak kepada keluarga kaya. Apabila hidup dia telah menuju kejatuhan dia telah bertemu seorang wanita yang telah berjaya walaupun dari keluarga yang miskin. The Lady in Dignity telah mendapat penilaian 12.06% dan telah disiarkan sebanyak 2 kali di saluran JTBC kerana sambutan hangat yang diterima oleh drama ini.

6. Signal

signalDrama ini mengisahkan seorang leftenan polis yang bertugas sebagai penjenayah pemprofil. Leftenan itu yang mempunyai pengalaman untuk tidak mempercayai anggota polis sewatku masa kecilnya telah terjumpa walkie-talkie. Melalui walkie-talkie itu dia telah berkomunikasi dengan polis yang hidup di masa lepas dalam menyelesaikan kes-kes jenayah bersama-sama. Siri ini diinspirasikan dari kes jenayah sebenar seperti kes pembunuhan bersiri Hwaseong. Disiarkan di saluran tvN pada 2016 drama ini berkedudukan ke 6 dalam pilihan penonton dan mengandungi 16 episod bersiri. Pada tahun 2018 televisyen Jepun telah membuat drama ini semula dalam bahasa Jepun.

5. 100 Days My Prince

princeDi kedudukan kelima adalah drama 100 Days My Prince. Drama yang mengisahkan putera raja yang bakal mewarisi takhta telah hilang selama 100 hari.  Drama yang dramatik, kelakar dan romantik ini telah dibintangi oleh bintang Kpop EXo, D.O.

4. Mr. Sunshine

sunshineMr Sunshine lakonan Lee Byung Hun ini adalah drama sejarah ketika zaman sebelum penjajahan Jepun di bumi Korea di awal tahun 1900an. Mengisahkan seorang anak hamba di Korea yang telah lari ke Amerika sebelum kembali ke Jeoson sebagai askar marin. Dia telah jatuh cinta dengan anak pembesar Korea pada masa itu yang merupakan salah seorang penentang kumpulan penjajah. Drama ini banyak menceritakan kisah-kisah bagaimana Jepun mula menjajah Korea mendapat penilaian 18.1% daripada penonton di Korea. Disiarkan di tvN pada tahun 2018 drama ini mengandungi 22 episod juga disiarkan serentak di Netflix.

3. Guardian : The Lonely And Great God / Goblin

goblinDi tempat  ketiga teratas pula adalah drama Goblin. Drama fantasi, komedi dan romantic ini mengisahkan seorang Goblin yang tidak boleh mati kerana dosa pada masa hidupnya kecuali dia dibunuh oleh Goblin Bride. Dalam pencariannya dia telah bertemu malaikat maut yang bertugas mencabut nyawa manusia dan telah tinggal serumah. Pada awalnya drama ini telah mendapat tempat kedua dari segi jumlah tontonan namun drama SKY Castle telah memotongnya pada tahun ini. Drama ini juga telah menjadi fenomena di negara Korea semasa penyiarannya.

2. Reply 1988

reply1988 Di tempat kedua pula adalah siri terakhir dari 2 siri drama Reply. Drama ini tiada kaitan langsung dengan siri-siri Reply sebelumnya tetapi telah menggegar Korea sewaktu penyiarannya apabila telah mendapat jumlah tontonan paling ramai dalam sejarah. Berlatarbelakangkan tahun 1988 ia mengisahkan tentang 5 orang yang telah berkawan sejak dari kecil lagi. Mereka telah membesar bersama-sama dan telah berjiran hingga masa kini. Keluarga mereka juga sangat rapat dan mengenali antara satu sama lain. Disiarkan pada tahun 2016 drama ini mengandungi 20 espisod dan telah mendapat penilaian 18.8% dari segi tontonan.

1. SKY Castle

sky Memecahkan rekod jumlah tontonan di Korea dengan lebih 20% nilai tontonan, drama SKY Castle adalah drama nombor satu di Korea sepanjang zaman. Drama SKY Castle berkisar tentang keluarga-keluarga elit di Seoul yang tinggal di satu kawasan bernama SKY castle. Setiap keluarga di kawasan tersebut bersaing untuk membolehkan anak-anak mereka diterima masuk ke universiti-universiti elit terutamanya Seoul University dalam bidang perubatan. Dalam persaingan mereka itu terdapatlah cerita-cerita dan pelbagai ragam terutamanya daripada golongan ibu-ibu. Drama siri 20 episod ini dibintangi oleh Yum Jung-ah, Lee Tae-ran, Yoon Se-ah, Oh Na-ra and Kim Seo-hyung. Pada asalnya tajuk drama ini adalah Princess Maker namun ditukar saat-saat akhir kepada SKY Castle. Terdapat 5 OST untuk drama ini diantaranya ialah It Has To Be You dan We All Lie. Kebanyakan pengambaran drama ini dibuat di Yongjin, wilayah Kyeonggi.

Leave a Reply