Setelah setahun lebih menantikan kemunculan semula BLACKPINK, peminat telah disajikan dengan single terbaru “How You Like That” yang hebat dan mengasyikkan!
Memang hebat kerana kumpulan yang dianggotai oleh Jennie, Jisoo, Rosé dan Lisa itu telah meraih satu angka yang sangat hebat untuk tontonan video muzik lagu baru tersebut dalam masa 24 jam. Ngam ngam sahaja sehari “How You Like That” diriliskan, jumlah tontonannya mencecah angka 82.4 juta. Hebat!
Rekod peribadi BLACKPINK sebelum ini dicatatkan menerusi video muzik “Kill This Love” dengan rekod 56.7 juta tontonan. Bukan sahaja rekod ini, bahkan “How You Like That” juga mencatat sejarah baru dengan jumlah tontonan tertinggi bagi tayangan perdana di Youtube. Dengan bilangan 1.65 juta penonton, BLACKPINK berjaya merekodkan satu lagi pencapaian menakjubkan!
Tak cukup dengan itu, kumpulan wanita ini turut memintas rekod yang dicipta oleh BTS sebelum ini apabila ia berjaya merekodkan jumlah tontonan tertinggi dalam masa 24 jam bagi mana-mana video muzik kumpulan K-pop. Rekod sebelum ini dipegang oleh lagu “Boy With Luv”.
Tahniah BLACKPINK dan BLINK!
Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ Facebook, Twitter dan Instagram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.