Ikuti Kami:

TWICE Minta Peminat Berhenti Tunggu Di Luar Rumah Dan Hormati Privasi Mereka

TWICE Minta Peminat Berhenti Tunggu Di Luar Rumah Dan Hormati Privasi Mereka

Kebanyakan idola K-Pop akan cuba berinteraksi dengan peminat mereka sekerap yang boleh. Memang benar mereka boleh bertemu dengan peminat pada konsert mahupun ketika majlis rasmi, tetapi bukan setiap hari hal penting seperti itu dianjurkan. Jadinya, para idola ini cuba melakukan siaran langsung sama ada menerusi laman Instagram atau pun laman V Live!

Sama juga dengan kumpulan wanita yang popular di Korea iaitu TWICE. Mereka boleh dikatakan rajin mengadakan siaran langsung bersama peminat di platform V Live tersebut. Baru-baru ini, salah seorang daripada ahli kumpulan itu iaitu Momo telah pun mengadakan satu siaran langsung istimewa bagi sama-sama menyambut hari jadinya dengan peminat. Semasa pertengahan rakaman itu, ahli kumpulan TWICE yang lain iaitu Nayeon dan Tzuyu turut hadir untuk memberikan kejutan kepada rakan mereka itu.

ahli twice minta peminat tidak menunggu di hadapan kediaman mereka

Semasa siaran langsung itu, ahli TWICE telah berkongsi sedikit sebanyak alasan kenapa mereka kini kian jarang melakukan siaran V Live di dalam kediaman mereka semua. Selain itu, mereka turut mengelak untuk menceritakan apa-apa hal mengenai tempat tinggal mereka itu.

Nayeon menjelaskan bahawa kesemua ahli kumpulan itu sering berasa terkejut apabila terserempak dengan segelintir peminat mereka termasuklah yang daripada luar negara sedang menunggu di luar bangunan asrama mereka. Walhal mereka hanya menyebut sepintas lalu di dalam siaran langsung bahawa mereka sedang dalam perjalanan pulang ke rumah. Tzuyu turut menambah bahawa dia mahu mengadakan siaran langsung dengan selesanya di rumah tetapi kini sering menahan diri daripada melakukannya.

ahli twice minta peminat tidak menunggu di hadapan kediaman mereka

Ketiga-tiga gadis itu turut memohon maaf pada jiran mereka yang mungkin terganggu kerana tersebut selain turut meminta dengan baik agar para peminat supaya membantu mereka untuk melindungi kediaman TWICE itu dan menghormati hal peribadi mereka.

Memanglah peminat yang sering sokong TWICE, tapi itu tidak bermakna mereka semua ada hak untuk ganggu idola tersebut sehingga ke hadapan rumah mereka.

Sumber: Allkpop

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...