Mesti ramai kan yang pernah layan drama “Descendants of the Sun” yang ditayangkan pada 2016 dulu?
Selepas bercerai dengan Song Hye-kyo, Song Joong-ki nampaknya jarang menyebut tentang dramanya itu kerana mungkin enggan mengenang kembali perkara yang sudah lepas.
Namun dalam temu bualnya bersama majalah Arena Homme baru-baru ini, pelakon lelaki itu berkongsi,
Selain dari ‘Descendants of the Sun’, tiada satu pun karya yang saya bintangi mempunyai naratif arus perdana. Mereka semua mempunyai sentimen kecil. Oleh itu, saya fikir saya mempunyai standard yang konsisten.
Kemudian ketika ditanya tentang cabaran hidup terbesarnya, Song Joong-ki berkata,
Saya ialah pemain skate trek pendek untuk masa yang lama dan impian seumur hidup saya adalah untuk menjadi atlet negara. Cabaran besar dalam hidup saya ialah apabila saya terpaksa meninggalkan sukan yang saya sukai.
Semoga terus maju jaya Song Joong-ki!