Ikuti Kami:

Tiada Lagi Kesefahaman, Lee Donggun & Jo Yoonhee Bercerai Selepas 3 Tahun Berkahwin

Tiada Lagi Kesefahaman, Lee Donggun & Jo Yoonhee Bercerai Selepas 3 Tahun Berkahwin

Meskipun janji untuk sehidup semati tetapi tak semestinya ia akan dikotakan sehingga ke akhirnya. Sama juga dengan pasangan pelakon Lee Dong-gun dan Jo Yoon-hee yang membuat keputusan untuk membawa haluan masing-masing selepas 3 tahun mendirikan rumah tangga.

Pasangan itu nyata mengejutkan netizen Korea apabila mengumumkan perkahwinan mereka pada Mei 2017 dan mengikat kasih pada September tahun yang sama. Menurut sumber, Jo Yoon-hee dan Lee Dong-gun bercerai atas alasan perbezaan yang tidak boleh didamaikan.

jo yoonhee dan lee donggun bercerai

Agensi pelakon wanita itu sendiri, King Kong by Starship yang telah mengumumkan sendiri berita sedih ini. Pasangan ini sah berpisah pada 22 Mei lepas dan agensi tersebut meluahkan rasa terima kasih kepada semua yang memberikan sokongan padu kepada mereka sepanjang perkahwinan itu berlangsung.

Menurut satu sumber media lain pula, hak jagaan anak perempuan tunggal Jo Yoon-hee dan Lee Dong-gun telah jatuh ke tangan pelakon wanita tersebut.

jo yoonhee dan lee donggun bercerai

Rata-rata netizen meluahkan rasa kasihan dengan Jo Yoon-hee kerana akhirnya berpisah meskipun sentiasa meluahkan rasa sayangnya kepada bekas suaminya itu. Segelintir daripada komen yang ditinggalkan juga seperti menyalahkan Lee Dong-gun kerana terkenal dengan pelbagai kisah cinta daripada sebelum berkahwin dengan wanita ini lagi.

Bagi yang tidak tahu, pelakon lelaki ini pernah berpasangan dengan idola popular daripada kumpulan T-ARA iaitu Ji-yeon sebelum berpisah dan mengumumkan hubungan cinta dengan Jo Yoon-hee beberapa bulan selepas itu.

Tidak pasti apakah punca kepada penceraian ini, namun diharapkan kedua pelakon ini dapat mengecap bahagia dalam kehidupan baru mereka.

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...