Sekarang ramai yang masih tak boleh ‘move on’ dengan drama ngeri bertajuk ‘Strangers From Hell’ yang ditayangkan menerusi saluran OCN. Drama ini berkisar tentang Yong Jongwoo seorang lelaki 20-an (Im Siwan) yang berpindah ke Seoul untuk mencari pekerjaan telah menduduki sebuah asrama yang tidak menyenangkan. Hal ini kerana, semua penduduk asrama itu adalah sangat menyeramkan. Namun begitu, dia mula menjadi rapat dengan seorang doktor gigi iaitu Seo Moonjo (Lee Dongwook) yang dalam diam merupakan seorang penderita sakit jiwa dan pembunuh.
Kehebatan drama ini memang tak dinafikan apabila rating untuk drama ini direkodkan paling tinggi sepanjang tayangan pada episod akhirnya. Mendapat rating 3.9% iaitu 1.5% lebih daripada rating episod sebelumnya. Bukan sahaja mencipta rekod peribadi terbaik, “Strangers From Hell” turut lakar sejarah sebagai drama bergenre ‘thriller’ dengan rating tertinggi di saluran OCN.
Kalau anda tonton drama ini, had umurnya ialah 15 tahun dan ke atas. Tetapi bagi menjayakan lagi naskah ini dan menghantar mesej yang diingini oleh pengarah, had umurnya telah dinaikkan kepada 19 tahun dan ke atas untuk episod akhirnya. Sememangnya, episod akhir drama ini dipenuhi dengan aksi ganas dan pembunuhan kejam. Jadi mereka terpaksa memberi amaran ini kerana ia tidak sesuai ditonton oleh penonton di bawah umur.
[Amaran SPOILER]
Lihat sahaja sedutan episod akhir ini. Memang ngeri kerana semua orang termasuklah Seo Moonjo telah dibunuh oleh Yong Jongwoo yang ‘normal’ suatu masa dahulu. Lelaki psiko itu berjaya membangkitkan diri ‘gila’ dalam diri Yong Jongwoo sehingga dia tergamak membunuh orang lain.
Kegilaan Seo Moonjo ini memang menyeramkan! Memang dari mula lagi perkenalan dengan Yong Jongwoo, dia sudah berniat untuk mengubah diri lelaki itu menjadi gila sepertinya. Boleh dikatakan doktor gigi itu sudah ‘jatuh cinta’ pandang pertama dengan lelaki naif itu.
Lakonan mantap Im Siwan dan Lee Dongwook dalam “Stranger From Hell” membuktikan bahawa mereka merupakan pelakon yang verstail kerana mampu watak berat seperti ini. Rata-rata penonton juga meremang bulu roma apabila menonton naskhah ini kerana babaknya yang misteri dan ngeri. Mereka juga tak sangka Lee Dongwook yang terkenal dengan watak romantik mampu jadi ‘seram’ seperti ini.