Ikuti Kami:

Tayang 2025, Lee Seyoung & Na Inwoo Sah Terajui Drama Romantik ‘Motel California’

Tayang 2025, Lee Seyoung & Na Inwoo Sah Terajui Drama Romantik ‘Motel California’

Siap sedia semua untuk saksikan gandingan Lee Se-young bersama Na In-woo dalam sebuah drama!

Terbaru, MBC telah mengesahkan penampilan Lee Se-young dan Na In-woo dalam drama romantik ‘Motel California’, dijangka akan ditayangkan pada 2025 nanti.

Untuk pengetahuan, drama ini mengisahkan tentang seorang wanita yang dilahirkan dan dibesarkan di sebuah motel desa dan bersatu semula dengan cinta pertamanya dari kampung halaman, tempat dia melarikan diri pada 12 tahun lalu.

lee seyoung na inwoo

Dalam drama ini, Lee Se-young akan menghidupkan watak sebagai Kang-hee, seorang wanita yang lari dari kampung halamannya untuk mencari kebahagiaan. Manakala Na In-woo pula akan tampil sebagai Cheon Yeon-su, yang jatuh cinta pada Kang-hee dan juga merupakan cinta pertamanya.

Sementara itu, “Motel California” akan memulakan produksi tak lama lagi dengan matlamat untuk ditayangkan pada tahun depan.

Nantikan!

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitterInstagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Sumber :   MK Sports

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...